Laporan Tahunan Program Pementoran Perkhidmatan Awam Tahun 2022

77 5. Ulasan Keseluruhan Penyelaras Kementerian/ Jabatan/ SUK: Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) KeTSA telah mengadakan Majlis Pelantikan Mentor Menti dan Taklimat Pelaksanaan Program Pementoran Kementerian Tenaga dan Sumber Asli Tahun 2022 pada 21 dan 22 Februari 2022 bertempat di Bilik Jamuan VIP, Aras 13, Wisma Sumber Asli. Taklimat dan majlis ini telah dihadiri oleh 20 orang yang telah dilantik sebagai mentor dan menti, berdasarkan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil.8 Tahun 2010: Panduan Pelaksanaan Pementoran dalam Pengurusan Sumber Manusia Sektor Awam. Pada 22 Februari 2022 pula diadakan majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Mentor dan Menti yang telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Sumber Asli) YBrs. Encik Abdul Wahid bin Abu Salim yang telah diadakan di dewan Baiduri, Wisma Sumber Asli. Objektif utama Program Pementoran ini dijalankan adalah sebagai medan perkongsian pengalaman dan proses pembelajaran berterusan kepada kumpulan pegawai yang baharu menyertai Kementerian dan kumpulan pegawai yang baru dinaikkan pangkat. Taklimat pelaksanaan ini telah disampaikan oleh YBrs. En Mohd Faisal Bin Idris, Pegawai Psikologi, Kementerian Dalam Negeri bagi memberi penerangan dan pendedahan berkaitan kaedah pelaksanaan Program Pementoran kepada mentor dan menti yang telah dilantik.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy