Laporan Tahunan Program Pementoran Perkhidmatan Awam Tahun 2022

72 6. Ulasan Keseluruhan Penyelaras Kementerian Program Pementoran bagi Kementerian Alam Sekitar dan Air diadakan pada tahun 2022 ini merupakan kali ke-2. Program ini dimulakan dengan mengadakan Program Training of Trainer (TOT) Pementoran yang dijalankan pada 9 hingga 10 Mac 2022. Seramai 38 orang pasangan mentor dan menti terlibat pada peringkat awal tetapi terdapat kekangan seperti berlaku pertukaran dan sebagainya menyebabkan hanya 34 orang pasangan mentor dan menti yang berjaya menamatkan program pementoran ini dalam tempoh 6 bulan. Peserta – peserta yang terlibat merupakan pegawai lantikan baru dan baru bertukar masuk ke KASA. Sepanjang tempoh 6 bulan program pementoran dilaksanakan, tiga (3) kali mesyuarat penyelarasan diadakan. Mesyuarat penyelarasan program pementoran ini diadakan secara fizikal. Mesyuarat ini penting diadakan agar penyelaras di peringkat kementerian mengetahui kekangan-kekangan yang dihadapi oleh setiap pasangan dan juga dapat mengetahui perkembangan perhubungan pementoran yang telah dijalankan oleh pasangan mentor dan menti. Semua pasangan mentor dan menti memberi komitmen yang tinggi dan menyertai setiap mesyuarat yang dijalankan. Berdasarkan laporan yang dikemukakan oleh setiap pasangan mentor dan menti, ianya menunjukkan perkembangan yang positif yang mana semua menti telah menunjukkan peningkatan di semua kompetensi yang di ukur. Sebagai contoh dari segi Kompetensi Personel menunjukkan semua menti berada dalam skala cemerlang. Ini menunjukkan menti mendapat kecekapan dan peningkatan kemahiran dalam melaksanakan prosedur penyampaian perkhidmatan hasil daripada perhubungan pementoran yang telah dijalankan bersama mentor masing-masing. Secara keseluruhannya, program pementoran ini memberi impak kepada menti melalui pendedahan ilmu, pengalaman dan kemahiran bagi kompetensi

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy