Laporan Tahunan Program Pementoran Perkhidmatan Awam Tahun 2022

68 1.5 Ulasan Keseluruhan Penyelaras Kementerian/ Jabatan/ SUK : Program Pementoran di Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya telah dilaksanakan melibatkan seramai 9 orang mentor dan 9 orang menti. Program Pementoran ini masih lagi berlangsung dan akan berakhir pada Februari 2023. Pegawai-pegawai yang terlibat dalam Program Pementoran kali ini terdiri daripada pelbagai skim perkhidmatan dan bidang tugas. Pemilihan peserta adalah terdiri daripada pegawai lantikan baru dan bertukar masuk ke kementerian. Bagi memastikan program ini dapat dijalankan dengan lebih efektif, mentor dan menti yang dilantik telah menghadiri Program Training Of Trainers (TOT) Pementoran pada 13 dan 14 September 2022 di Dewan Sanggar Pujangga, MOTAC. Pada masa ini proses pementoran sedang berlangsung. Mentor menti menunjukkan kerjasama yang baik dalam menjayakan proggram ini. Secara keseluruhannya, Program Pementoran ini dapat membantu menaikkan tahap kecekapan dalam mengendalikan aspek pekerjaan, perhubungan antara ketua dan pekerja serta khidmat layanan kepada pelanggan luar dan dalaman. Program ini perlu diteruskan dalam Perkhidmatan Awam agar budaya kerja kelas pertama dapat direalisasikan oleh anggota Perkhidmatan Awam.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy