iv MAKLUMAT KORPORAT PEMENTORAN OBJEKTIF Pementoran dalam perkhidmatan awam merupakan pendekatan untuk memberi bimbingan, sokongan dan bantuan dengan menerapkan elemen psikologi dan kaunseling secara profesional yang diberikan oleh mentor kepada menti bertujuan meningkatkan pembangunan dan kompetensi profesional, budaya, peribadi dan sosial bagi pegawai lantikan baru dan dinaikkan pangkat. SEJARAH PEMENTORAN Sejarah Greek, Homer’s Odyssey sebagai mentor melatih dan menasihat Telemachus, anak lelaki Odysseus supaya Telemachus bersedia untuk mengambil alih tanggungjawab keluarganya semasa ketiadaan bapanya. Mentor juga menasihati Telemachus bagaimana untuk mencari ayahnya. Telemachus berterima kasih kepadanya di atas pertolongannya: “Tuan, terima kasih di atas budi baik tuan, awak seperti seorang ayah yang bercakap kepada anak sendiri dan saya tidak akan lupa walaupun satu perkataan yang awak cakap………….”. PERMULAAN ISTILAH MENTOR DUNIA MODEN THE ADVENTURES OF TELEMACHUS 1699 Sebuah novel pengajaran oleh Fenelon, Ketua Biskop Cambrai, Perancis juga merupakan tutor Kepada Duc de Bourgogne yang berusia tujuh tahun (cucu kepada Raja Louis XIV). Novel ini menceritakan tentang Homer’s Odyssey, yang menceritakan semula perjalanan Telemachus, anak kepada Ulysses, yang ditemani oleh tutornya (Mentor). Permulaan penggunaan perkataan Mentor dalam Bahasa Inggeris. Ekonomi zaman pertengahan England diselamatkan tukang-tukang yang menghasilkan produk di kilang-kilang kampong. Tukang-tukang ini mewariskan perdagangan mereka kepada murid-murid mereka dan proses ini menunjukkan persamaan yang ketara dengan konsep moden. Perantis itu berkhidmat dengan tuan mereka selama 12 tahun atau sehingga mereka mencapai umur 21 tahun.
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy