Laporan Tahunan Program Pementoran Perkhidmatan Awam Tahun 2022

48 5. Ulasan Keseluruhan Penyelaras Kementerian/ Jabatan/ SUK: Bengkel Pengukuhan Pementoran pada awalnya telah dilaksanakan pada 1 Jun 2022 sehingga 3 Jun 2022 bertempat di Hotel Dorsett Grand Subang, Selangor. Bengkel tersebut telah dilaksanakan secara bersemuka dengan mengadaptasi norma baru dan melaksanakan SOP yang telah ditetapkan oleh pihak MKN. Penceramah jemputan merupakan Pegawai Psikologi yang telah ditauliahkan daripada JPA untuk menyampaikan slot ceramah Pementoran iaitu Dr. Wan Nurayunee Binti Wan Zulkifli, Pegawai Psikologi dari Jabatan Kebajikan Masyarakat, Putrajaya. Majlis Penyerahan watikah Sijil pelantikan Mentor Menti telah disampaikan oleh Puan Wan Nor Hazlina bin Abd. Ghani, Timbalan Setiausaha Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (Perkhidmatan) pada 03 Jun 2022 kepada semua mentor menti yang terlibat. Berakhirnya Bengkel Pengukuhan Pementoran maka bermula pula tanggungjawab yang perlu dipikul oleh mentor dalam membantu perkembangan diri menti manakala menti perlu mendapatkan tunjuk ajar daripada kepakaran dan pengalaman mentor. Mentor akan menjalankan sesi bimbingan mengikut lima (5) fasa bersama menti selama enam (6) bulan yang akan berakhir pada 30 November 2022. Secara keseluruhannya, program pementoran ini dapat membantu meningkatkan tahap kecekapan di dalam mengendalikan aspek pekerjaan, perhubungan antara ketua dan pegawai di bawah seliaan. Program ini juga memberi peluang kepada menti untuk membangunkan dan memantapkan lagi kompetensi peribadi, sosial, profesional dan budaya. Program ini perlu diteruskan di dalam perkhidmatan awam agar dapat membantu warga kementerian lebih berkompetensi demi memajukan diri dan organisasi.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy