44 Berdasarkan kepada analisis penilaian pra dan pasca Program Pementoran, didapati bahawa berlaku peningkatan terhadap keempat-empat kompetensi yang dimentorkan daripada skala “baik” kepada skala “cemerlang”. Secara keseluruhan, Program Pementoran yang besifat “cost effective” ini sangat sesuai untuk dilaksanakan khususnya dalam membantu proses penyesuaian penjawat awam baharu atau yang bertukar masuk. Komitmen dan kesungguhan daripada para mentor dan menti meripakan faktor penting sebagai pengukur terhadap kejayaan pelaksanaan program ini. Sokongan dan peranan yang dizahirkan oleh pihak Pengurusan Tertinggi Kementerian juga menjadi pemangkin dalam memastikan Program Pementoran ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy