Laporan Tahunan Program Pementoran Perkhidmatan Awam Tahun 2022

43 5. Ulasan Keseluruhan Penyelaras Kementerian/ Jabatan/ SUK: Program Pementoran Peringkat Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) sesi 2022 telah dilaksanakan bermula pada 19 Mei 2022 sehingga 21 Oktober 2022. Program Pementoran ini melibatkan seramai 11 orang mentor yang dipilih berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan dan 11 orang menti yang terdiri daripada penjawat awam baharu yang baru melaporkan diri dan bertukar masuk ke Kementerian ini. Sesi latihan (Training of Trainers) bersama mentor telah diadakan pada 19 Mei 2022 sebagai persediaan sebelum proses pementoran sebenar bermula. Pada sebelah petang para mentor dipertemukan buat pertama kali bersama-sama menti masing-masing bagi sesi suai kenal. Sempena dengan Persidangan Pegawai Psikologi, Penolong Pegawai Psikologi dan AKRAB KPWKM Tahun 2022 pada 30 Jun 2022 yang lalu, satu majlis penyampaian surat pelantikan kepada mentor dan menti telah diadakan dan disempurnakan oleh YBhg. Dr. Hishamuddin bin Mohd Hashim, Timbalan Ketua Setiausaha Operasi, KPWKM. Sepanjang tempoh pementoran berlangsung, pelbagai aktiviti telah diadakan yang melibatkan penyelaras program (Pegawai Psikologi) bersama-sama mentor dan menti, Antara aktiviti yang diadakan adalah pertemuan berkala bersama mentor dan menti, Aktiviti sempena menyambut Bulan Kemerdekaan, sesi perkongsisan pengalaman dan sebagainya. Selaras dengan teknologi terkini, aplikasi WhatsApp menjadi media komunikasi utama di antara penyelaras dan para peserta Program Pementoran bagi tujuan kemas kini maklumat, hebahan dan juga menjadi wahana untuk soal jawab berkaitan pementoranan.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy