Laporan Tahunan Program Pementoran Perkhidmatan Awam Tahun 2022

39 kompetensi sosial melalui program pementoran yang dilaksanakan samada berhubung dengan mentor melalui kaedah atas talian sepanjang program berlangsung atau secara bersemuka. Ini menjadikan pementoran sebagai satu medium pengajaran melalui teladan yang membantu pegawai-pegawai baru mengikut teladan yang baik dan efektif. Melalui pemantauan yang dijalankan, para mentor dan mentee menunjukkan budaya kerja positif dan murni di dalam pelaksanaan program ini. Nilai tolongmenolong dan perkongsian ilmu pengetahuan yang dijalankan memberi impak di dalam kerja harian. Mereka juga aktif bertanya kepada pihak penyelaras program tentang isu-isu atau persoalan yang perlu diselesaikan bagi menjayakan program ini samada hadir secara fizikal atau berhubung di atas talian. Program Pementoran ini juga dilihat sebagai platform kepada satu usaha menjadikan perkhidmatan awam sebagai satu pusat pembelajaran berterusan dan perkongsian pengalaman antara kakitangan yang berkhidmat bagi membina persekitaran organisasi yang sejahtera. Secara keseluruhannya, program Pementoran Kementerian Kerja Raya tahun 2022 ini dapat membantu menaikkan tahap kecekapan di dalam mengendalikan aspek pekerjaan, perhubungan antara rakan sekerja, perhubungan antara ketua dan pekerja serta khidmat layanan kepada pelanggan luar dan dalaman. Program ini perlu diteruskan di dalam perkhidmatan awam agar budaya kerja kelas pertama dapat direalisasikan di kalangan anggota perkhidmatan awam.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy