Laporan Tahunan Program Pementoran Perkhidmatan Awam Tahun 2022

38 4.5 Contoh pelaporan yang dilaksanakan oleh peserta Program Pementoran KKR tahun 2022 5 Ulasan Penyelaras Kementerian Program Pementoran Kementerian Kerja Raya tahun 2022 ini dilaksanakan selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 18 Tahun 2005 dan Surat Pekeliling Perkhidmatan Awam Bilangan 8 Tahun 2010. Program pementoran Kementerian Kerja Raya kali ini melibatkan 30 orang peserta yang terdiri dari 15 mentor dan 15 menti dari pelbagai Bahagian di Kementerian Kerja Raya. Program Pementoran pada tahun ini telah dilaksanakan secara atas talian dan fizikal bermula dari Julai 2022 yang memfokuskan kepada kakitagan yang baru melaporkan diri ke Kementerian Kerja Raya dan akan berakhir pada bulan Disember 2022. Dari segi pelaksanaan pula, terdapat beberapa aspek yang membantu melancarkan lagi program ini. Ini bermula daripada pemadanan secara rasmi diantara Mentor dan Mentee beserta aku janji yang ditandatangani oleh para peserta semasa perlantikan dilaksanakan. Program Pementoran diadakan khas untuk tujuan membina kepercayaan dan hubungan teras dan pemahaman prosedur telah dijalankan dengan lebih mendalam di dalam program ini. Berbeza dengan tahun-tahun sebelum ini, Kementerian Kerja Raya juga telah mengambil inisiatif dengan menyediakan pelaporan melalui atas talian dengan menggunakan pautan google form bagi tujuan pelaporan kemajuan mentee serta penilaian peserta bagi memudahkan para mentor dan mentee menghantarkan pelaporan kepada urusetia Program Pementoran KKR. Laporan berkala setiap dua bulan dihantarkan secara konsisten mengikut jadual. Berdasarkan laporan yang diterima pula, didapati mentor-mentor telah memberikan komen yang positif mengenai perkembangan mentee masing-masing. Para mentee juga telah menunjukkan peningkatan di dalam kompetensi personal dan

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy