Laporan Tahunan Program Pementoran Perkhidmatan Awam Tahun 2022

34 5. Ulasan Keseluruhan Penyelaras Kementerian/ Jabatan/ SUK : Program Pementoran telah dilaksanakan di semua Bahagian, Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah, Kolej Matrikulasi dan Institut Pendidikan Guru di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Program ini dijalankan mengikut modul dan garis panduan yang telah dibekalkan. Ia telah dijalankan bermula Januari sehingga November 2022. Pihak penyelaras mengambil inisiatif untuk mengadakan platform perjumpaan rasmi secara dalam talian dan bersemuka dalam Program Pelancaran Program Pementoran Perkhidmatan Awam Kementerian Pendidikan Malaysia di bahagian dan jabatan masing-masing. Walaupun terdapat beberapa kengkangan semasa pandemik berlaku, namun program pementoran masih tetap diteruskan bagi memastikan objektif meningkatkan produktiviti organisasi tercapai. Manakala perjumpaan secara tidak rasmi di antara mentor dan menti pula dijalankan mengikut kesesuaian masa masing-masing dan dicatatkan laporan melalui aplikasi yang bersesuaian. Program pementoran memberi banyak manfaat kepada organisasi, mentor dan menti dalam menimba pengalaman daan dapat meningkatkan keyakinan diri, motivasi diri bagi kemajuan kerjaya mereka sendiri. Aktiviti bimbingan yang dijalankan dapat membangunkan kecekapan dan meningkatkan peranan kepimpinan mentor, hubungan kerja yang positif dan sekaligus meningkatkan produktiviti organisasi.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy