29 empat kompetensi yang difokuskan juga telah ditunjukkan oleh para menti sepanjang program ini dilaksanakan. Kerjsama yang baik telah diberikan oleh kedua-dua pihak mentor dan menti. Akhir sekali, diharapkan Program Pementoran seperti ini akan terus dilaksanakan dan akan ditambahbaik berdasarkan cadangan-cadangan yang telah dibincangkan sepanjang mesyuarat penyelarasan diadakan. Semoga segala ilmu, pengalaman dan kemahiran yang diperolehi daripada program ini dapat menjadi panduan dan rujukan kepada semua peserta untuk meningkatkan prestasi kerjaya masing-masing pada masa akan datang. Program ini juga dapat membangunkan potensi kerjaya mentor dan menti dalam usaha memberikan perkhidmatan yang terbaik dalam organisasi. Perhubungan yang wujud di antara mentor dan menti dapat menggalakkan pembudayaan pembelajaran secara berterusan dan perkongsian ilmu yang bermatlamat untuk mengerakkan prestasi perkhidmatan awam kearah kecemerlangan.
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy