28 Antara peserta yang hadir bagi Mesyuarat Penyelarasan Pementoran Bilangan Kedua bersama menti pada 19 Julai 2022. 5. Ulasan Keseluruhan Penyelaras Pementoran Peringkat Kementerian Pengajian Tinggi: Program pementoran peringkat Kementerian Pengajian Tinggi telah dilaksanakan dengan jayanya bermula 01 Mac 2022 sehingga 30 September 2022. Seramai 8 orang mentor dan 16 orang menti telah dipilih untuk menyertai Program Pementoran siri pertama 2022 ini. Sebagai langkah persediaan awal Program Pementoran, Unit Pengurusan Psikologi KPT telah menganjurkan Bengkel TOT pada 01 Mac 2022 secara dalam talian. Mesyuarat seterusnya, iaitu mesyuarat penyelarasan bilangan pertama, kedua, dan ketiga dilaksanakan sepenuhnya secara bersemuka. Di dalam mesyuarat penyelarasan tersebut, mentor membentangkan perkembangan para menti mereka sepanjang tempoh Program Pementoran ini dijalankan. Setiap pertemuan yang dijalankan telah direkod. Penilaian secara keseluruhan bagi program pementoran kali ini adalah memuaskan. Maklum balas yang positif dari kedua-dua pihak mentor dan menti. Perubahan yang positif dan peningkatan pencapaian berdasarkan
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy