Laporan Tahunan Program Pementoran Perkhidmatan Awam Tahun 2022

13 5. Ulasan Keseluruhan Penyelaras Kementerian/ Jabatan/ SUK: DARUL QURAN, JAKIM Aktiviti Unit Kaunseling Psikologi & Kerjaya telah mengadakan Kursus Asas Latihan Pementoran Darul Quran kepada kakitangan dan pelajar Darul Quran dan Lokasi-Lokasi Tambahan Darul Quran. Beberapa respon positif yang diterima, antaranya peserta yang menghadiri kursus psikopendidikan mendapat pendedahan berkaitan kerjaya pengajian Tahfiz serta hala tuju pengajian selepas tamat pengajian di Darul quran, JAKIM. Program (MM) melibatkan kerjasama yang diberikan oleh Peers (mentor) yang dilantik oleh Jawatan Kuasa Unit Psikologi Kaunseling, DQ untuk membimbing, menasihat dan membantu mengatasi masalah-masalah pelajar (menti) terutamanya dalam pembangunan sahsiah dan akademik. Di bawah program ini, seseorang mentor akan ditugaskan untuk membantu menti dalam memperjelaskan objektif-objektif pengajian, menyusun pengambilan kursuskursus akademik dan menggunakan keupayaan-keupayaan yang ada pada diri mereka untuk memenuhi keperluan pengajian samada Program Pensijil Tahfiz, Diploma Tahfiz Wal Qiraat dan Ijazah Sarjana Muda di Darul Quran. Biasanya, seseorang mentor akan ditugaskan membantu dan membimbing sekumpulan pelajar bermula dari awal pengajian, iaitu semasa mereka memasuki Darul Quran sehingga mereka tamat pengajian tersebut. Alhamdulillah, semua ahli AKRAB DQ dan Pementoran DQ telah menjalankan tugas dan amanah yang terbaik. Tahniah dan terima kasih kepada semua ahli AKRAB DQ yang banyak menyumbangkan bakti dan usaha dalam membantu rakan-rakan sekerja termasuklah program-program Unit Kaunseling.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy