8 5. Ulasan Keseluruhan Penyelaras Kementerian/ Jabatan/ SUK: Program Pementoran Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri telah dilancarkan oleh Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi pada 21 April 2022. Program ini melibatkan seramai 20 orang pegawai iaitu 10 mentor dan 10 menti. Pemilihan mentor dan menti melibatkan pegawai yang berpotensi tinggi dari pelbagai gred. Bagi menjayakan program mentor menti ini, EPU telah menganjurkan Bengkel Training of Trainers pada 14 April 2022. Sepanjang program ini berlangsung, antara cabaran dan isu yang sering dibangkitkan adalah berkaitan kekangan masa di mana pegawai sukar untuk mengadakan perjumpaan kerana kesibukan dalam melaksanakan tugas masing-masing. Walau bagaimanapun, perkara ini dapat diatasi melalui perbincangan di dalam mesyuarat penyelarasan. Mesyuarat penyelarasan yang diadakan setiap dua bulan bersetuju supaya pemilihan topik, pengisian aktiviti, kaedah pelaksanaan perhubungan pementoran adalah fleksibel dan bergantung kepada keperluan atau matlamat program diadakan. Walau bagaimanapun, mentor dan menti perlu mematuhi etika perhubungan pementoran. Laporan sesi perjumpaan mentor menti telah direkodkan melalui google form yang dipantau oleh urus setia latihan dari masa ke semasa.
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy