167 Proses pelaksanaan program ini bermula dengan permohonan pelaksanaan program melalui minit bebas yang diluluskan oleh YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis pada 15 Julai 2022. Program ini melibatkan 10 orang Mentor yang terdiri daripada Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan), Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan), Setiausaha Dewan, Setiausaha Sulit Kanan Menteri Besar dan enam (6) orang Setiausaha Bahagian. Menti pula dipilih dalam kalangan Pegawai Pengurusan dan Profesional yang terdiri daripada Penolong Setiausaha, Pegawai Teknologi Maklumat, Jurutera, Pegawai Tadbir dan juga Pegawai Khas YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis. Surat pelantikan mereka sebagai mentor dan menti telah dipanjangkan pada 4 Ogos 2022 di samping turut menyertakan maklumat berkaitan pelaksanaan program dengan jelas dan terperinci di dalam surat tersebut. Pihak urusetia juga turut memanjangkan sijil pelantikan yang telah ditandatangani oleh YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis kepada mentor dan menti. Program Pementoran Kepimpinan ini berlangsung selama empat (4) bulan dan dijangka akan berakhir pada 4 Disember 2022. Menti dikehendaki memanjangkan laporan keseluruhan program dalam bentuk softcopy (PDF) beserta gambar mengikut inisiatif dan kreativiti mereka kepada pihak urusetia sebulan selepas Program Pementoran Kepimpinan tamat. Secara keseluruhannya, pihak Urusetia menerima respon dan maklum balas yang positif daripada Mentor dan Menti berkaitan pelaksanaan program ini. Mereka mengakui pelbagai ilmu dan pengalaman baharu diperolehi sepanjang program walaupun belum tiba ke penghujungnya. Ilmu dan karakter kepimpinan yang dikongsi oleh Pegawai Atasan adalah suatu yang bernilai bagi meningkatkan tahap keyakinan dan kompetensi sebagai seorang pemimpin.
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy