Laporan Tahunan Program Pementoran Perkhidmatan Awam Tahun 2022

166 4. Gambar Program Pementoran Surat Pelantikan Mentor Surat Pelantikan Menti 5. Ulasan Keseluruhan Penyelaras Kementerian/ Jabatan/ SUK : Program Pementoran Kepimpinan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis ini telah dilaksanakan bagi membolehkan pegawai atasan berkongsi ilmu pengetahuan, kemahiran dan pengalaman kepada pegawai bawahan. Ia juga dilihat sebagai satu pendekatan untuk memberi bimbingan, sokongan dan bantuan secara profesional oleh mentor kepada menti. Secara dasarnya, kepimpinan penjawat awam yang menerajui sesebuah organisasi perlu sentiasa ditambah baik dan diperkasakan sepanjang perkhidmatan. Sehubungan dengan itu, bagi meningkatkan pengetahuan, kemahiran serta kompetensi seseorang pegawai, Program Pementoran Kepimpinan telah dilaksanakan di Pejabat Setiausaha Kerajan Negeri Perlis dan ia merupakan program perintis pementoran di pentadbiran ini.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy