Laporan Tahunan Program Pementoran Perkhidmatan Awam Tahun 2022

161 Binti Ali, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pengurusan Psikologi, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) secara atas talian. Di akhir kursus, Majlis Perasmian dan Penyampaian Watikah Pelantikan telah disampaikan oleh YBrs. Puan Rozitta Binti Sulaiman, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan. Kajian keberkesanan program telah dilaksanakan dengan menggunakan 6 skala likert. Hasil kajian mendapati terdapat peningkatan dalam penilaian terhadap kemahiran & kecekapan selepas mengikuti program pementoran dari aspek kompetensi professional (min = pre = 3.7, post = 5.2), kompetensi budaya kerja kelas pertama (min = pre = 3.9, post = 5.3), kompetensi peribadi (min = pre = 4.1, post = 5.3), kompetensi sosial (min = pre = 4.3, post = 5.4). Hasil penilaian terhadap program pementoran (organisasi, mentor, menti, faedah perhubungan pementoran secara keseluruhanya min = 5.4 daripada 6. Secara keseluruhanya program pementoran memberikan impak yang tinggi dalam mencapai objektif yang telah ditentukan. Mentor dan menti telah memberikan komitmen yang baik dalam memastikan program ini mencapai objektif yang ditetapkan. Pelbagai usaha penambahbaikan akan dilaksanakan bagi meningkatkan kualiti dan memberi impak tinggi kepada organisasi. Program Pementoran dan Modul Kepimpinan ini perlu diteruskan secara atas talian. Kelompok konsultasi (kepimpinan) perlu dilaksanakan sebanyak 2 bulan sekali melalui atas talian, group whatsapp dan telefon. Fokus pementoran juga telah dilaksanakan kepada pegawai yang baru dinaikkan pangkat (gred penyeliaan) mengikut keperluan.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy