Laporan Tahunan Program Pementoran Perkhidmatan Awam Tahun 2022

156 b) Menyediakan panduan modul pementoran yang lebih relevan dan mudah disampaikan oleh mentor mengikut kompetensi profesional, budaya, peribadi dan sosial. 8. Penutup Secara kesimpulannya, Program Pementoran dalam Perkhidmatan Awam Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Tahun 2022 telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya seperti objektif yang telah ditetapkan. Program ini sangat berkesan dalam membantu penjawat awam yang baharu dilantik dan yang baharu dinaikkan pangkat untuk lebih maju dan berdaya saing dalam perkhidmatan. Kerjasama yang diberikan oleh peserta turut baik sepanjang program walaupun berhadapan dengan pelbagai kekangan tugas hakiki dan juga pandemik Covid – 19. Laporan ini dikemukakan untuk makluman dan perhatian Bahagian Pengurusan Psikologi, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia jua.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy