Laporan Tahunan Program Pementoran Perkhidmatan Awam Tahun 2022

154 5. Ulasan Keseluruhan Penyelaras Kementerian/ Jabatan/ SUK : Secara keseluruhannya, Program Pementoran dalam Perkhidmatan Awam Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka telah dapat dijalankan dengan jayanya bermula pada 22 Jun 2021 sehingga ke 31 Mei 2022. Program Pementoran ini melibatkan 5 orang mentor dan 7 orang menti. Program pementoran pada sesi kali ini keseluruhannya dijalankan secara dalam talian bagi menepati Standard Operation Procedure (SOP) program yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan. Program Pementoran 2022 dimulai dengan menganjurkan program Training of Trainers (TOT) pementoran yang telah diadakan pada 22 & 24 Jun 2021. Penceramah bagi program ini ialah Puan Noor Afida binti Amirdin Pegawai Psikologi dari Kolej Komuniti Jasin, Melaka. Mentor dan menti memberikan sokongan dengan menyertai program T.O.T ini untuk memahami dengan lebih jelas hala tuju program pementoran ini. Seterusnya dokumentasi bagi program pementoran ini adalah dilaksanakan melalui google form. Objektif bagi program pementoran ialah menjadi pendekatan untuk memberi bimbingan, sokongan dan bantuan dengan menerapkan elemen psikologi dan kaunseling secara professional yang diberikan oleh mentor kepada menti bertujuan meningkatkan pembangunan dan kompetensi profesional, budaya, peribadi, dan sosial bagi pegawai lantikan baru dan dinaikkan pangkat. Program ini dilanjutkan dari yang sepatutnya berlangsung selama enam bulan ke setahun kerana proses dokumentasi bagi laporan mentor dan menti tidak dapat dilaksanakan dengan efisen. Namun begitu proses dokumentasi ini akhirnya selesai dan berjaya dilaksanakan seterusnya program ini dapat ditamatkan.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy