Laporan Tahunan Program Pementoran Perkhidmatan Awam Tahun 2022

5 i. Menti menunjukkan peningkatan prestasi yang sangat memuaskan, berjaya menonjolkan potensi diri; dan lebih yakin semasa berurusan dengan pegawai atasan; ii. Menti menunjukkan peningkatan dari sikap – berdedikasi, rajin, proaktif dan sentiasa mengutamakan pencapaian serta sentiasa bersedia membantu bila diperlukan; dan iii. Menti mempunyai semangat untuk memajukan diri, berdaya saing dan bersedia menerima perubahan dan mempunyai inisiatif yang tinggi. Program ini merupakan perhubungan bermakna yang dibina di antara Mentor dan Menti kerana Mentor dapat berkongsi ilmu, nilai dan pengalaman diri, serta dapat meningkatkan cara gaya kepimpinan sedia ada. Manakala Menti pula dapat mempelajari dan mempraktikkan ilmu, nilai dan pengalaman tersebut ke dunia realiti pekerjaan dan kehidupan seharian. Secara keseluruhannya, Program Pementoran ini dapat membantu menaikkan tahap kecekapan di dalam mengendalikan aspek pekerjaan, perhubungan antara ketua dan pekerja serta membantu membina perhubungan yang lebih baik dengan pelanggan luar dan warga kerja dalaman. Program ini perlu diteruskan pelaksanaannya di dalam perkhidmatan awam agar budaya kerja kelas pertama dapat diwujudkan di kalangan anggota perkhidmatan awam.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy