Laporan Tahunan Program Pementoran Perkhidmatan Awam Tahun 2022

141 5. Ulasan Keseluruhan Penyelaras Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang : Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Pahang memulakan Program Pementoran Tahun 2022 dengan melaksanakan Kursus Training of Trainers Pementoran pada 01 hingga 03 Mac 2022 di Hotel Seri Malaysia Temerloh. Pentadbiran ini telah menjemput Puan Siti Hasiah binti Jusoh, Pegawai Psikologi dari Bahagian Pengurusan Psikologi Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia sebagai penceramah jemputan. Mesyuarat Penyelarasan Pementoran bagi Program Pementoran dilaksanakan sebanyak 3 kali sepanjang tahun 2022 seperti berikut :- Bil Perkara Tarikh Platform 1. Slot Kemahiran Pementoran Bil. 1 Tahun 2022 15.02.2022 Fizikal dan secara atas talian 2. Slot Kemahiran Pementoran Bil. 2 Tahun 2022 21.04.2022 Fizikal 3. Slot Kemahiran Pementoran Bil. 3 Tahun 2022 22.06.2022 Fizikal Melalui Slot Kemahiran Pementoran Bil. 2 dan Bil. 3, Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang telah menjemput penceramah jemputan bagi menyampaikan ilmu pengetahuan kepada mentor dan menti. Adalah diharapkan melalui program pementoran yang telah dijalankan selama 6 bulan ini dapat memberi manfaat dan pendedahan kepada peserta tentang kemahiran perhubungan dan meningkatkan kemahiran dalam melaksanakan peranan mentor dan menti di jabatan masing-masing.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy