4 5. Ulasan Keseluruhan Penyelaras Program di Jabatan Perdana Menteri : Program Pementoran Jabatan Perdana Menteri (JPM) Tahun 2022 telah dapat dilaksanakan mengikut prosedur dan modul yang telah ditetapkan oleh Bahagian Pengurusan Psikologi, Jabatan Perkhidmatan Awam; melalui Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (MyPPSM), Ceraian PO. 3.1.1 Panduan Aplikasi Psikologi Dalam Pengurusan Sumber Manusia Sektor Awam; dan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 8 Tahun 2010. Program mendapat sokongan dan kerjasama yang baik daripada pihak Sumber Manusia dan juga Mentor dan Menti yang dilantik. Secara keseluruhannya, Program Pementoran JPM telah dapat meningkatkan kemahiran komunikasi yang positif, kompetensi dan budaya kerja terbaik di tempat kerja. Proses bimbingan dalam pementoran juga telah berjaya menambahkan kefahaman Menti terhadap amalan kerja; dan keberkesanan program/ aktiviti yang dilakukan oleh Mentor berjaya memberikan motivasi kerja kepada Menti. Impak Pelaksanaan Program Pementoran JPM menunjukkan bahawa kompetensi Mentor dan Menti pada keempat-empat kompetensi iaitu; Kompetensi Profesional, Budaya Kerja Kelas Pertama, Peribadi dan Sosial berada pada tahap (skala) baik dan cemerlang. Pencapaian bagi keempat-empat kompetensi menunjukkan peningkatan pada kompetensi Menti, yang mana Menti mendapat manfaat secara langsung daripada kompetensi-kompetensi yang ada pada Mentor. Dengan peningkatan kompetensi-kompetensi ini, bermakna proses perhubungan pementoran di antara Mentor dan Menti telah mencapai hasil yang telah digariskan oleh program. Melalui maklum balas yang diberikan oleh pihak Mentor, perlaksanaan perhubungan program ini lancar dan Menti memberikan kerjasama yang baik dalam menjayakan program. Di antara maklum balas adalah seperti berikut;
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy