Laporan Tahunan Program Pementoran Perkhidmatan Awam Tahun 2022

129 Penyelarasan dan pemantauan kemajuan pelaksanaan Program Pementoran iaitu pada 22 Jun 2022 hingga 11 Oktober 2022 dijalankan melalui emel dan perbualan telefon bagi memudah cara empat (4) pasangan mentor dan menti untuk berhubung dengan penyelaras program ini. Maka, pemantauan secara jarak jauh diadakan dengan mengambil kira ada mentor dan menti adalah dari makmal negeri/cawangan yang berbeza. V. Perancangan Tahun 2023 Pada tahun 2023, pelaksanaan program pementoran akan diteruskan lagi di KIMIA Malaysia dan turut menerapkan konsep ‘coaching’ memandangkan bidang fokus utama kimia adalah berteraskan teknikal dan kemahiran khusus dan setiap Warga KIMIA mempunyai kepakaran tersendiri untuk dikongsi antara mentor dan menti. Ini bagi memastikan ‘tacit knowledge’ dapat diperturunkan demi kesinambungan perkhidmatan cemerlang di KIMIA Malaysia. Namun pelaksanaan ini tertakluk kepada arahan dari semasa ke semasa. VI. Penutup Pelaksanaan Program Pementoran di Jabatan Kimia Malaysia telah dilaksanakan dengan jayanya berdasarkan ‘Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 18 Tahun 2005, iaitu Panduan Aplikasi Psikologi Dalam Pengurusan Sumber Manusia Sektor Awam’ dan terkini adalah berpandukan Pekeliling Perkhimatan Sumber Manusia (PPSM) Pengurusan Psikologi Versi 1.0 2022 (ceraian PO3.1.1 dan PO 3.1.4). Secara keseluruhannya, pelaksanaan Program Pementoran di Jabatan Kimia Malaysia berjalan seperti yang dirancang dan mencapai matlamat seperti yang dihasratkan dalam Pekeliling-pekeliling tersebut.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy