128 sehingga tahun 2022 program ini dilaksanakan, seramai 162 Mentor dan 215 Menti telah mengambil bahagian dalam Program Pementoran ini. II.Tempoh Pelaksanaan Tempoh pelaksanaan program adalah dari 22 Jun 2022 hingga 11 Oktober 2022 selama 5 bulan. III.Penyertaan Dalam Aktiviti Pementoran Seramai 4 orang Mentor (Gred 41 hingga Gred 54) dan 4 orang Menti (Gred 29 hingga Gred 52) dari KIMIA ibu pejabat dan negeri/cawangan telah terlibat secara aktif iaitu menjalankan proses pementoran selama lima fasa mulai 22 Jun 2022 sehingga 12 Oktober 2022. Bagi setiap pasangan mentor menti, semua aktiviti pementoran dicatat di dalam Buku Log Pementoran yang dibekalkan kepada semua mentor dan menti dan laporan berkala setiap 1 bulan dikumpulkan daripada mentor. KIMIA menerapkan konsep ‘pementoran’ dengan menekankan perkara-perkara utama seperti personaliti, sahsiah, sikap, penghayatan budaya kerja, kreativiti, dan integriti minda (mind integrity) supaya program ini dapat melahirkan pegawai yang berilmu pengetahuan yang tinggi dan berintegriti serta cemerlang dalam kerjaya. Program pementoran ini berjalan dengan lancar dan sempurna dengan mengambil inisiatif pertemuan boleh juga dilaksanakan secara maya di atas talian selain pertemuan bersemuka. IV.Pemantauan Program Pementoran Pemantauan pelaksanaan Program Pementoran dijalankan melalui mekanismamekanisma berikut: a. Laporan Pementoran Setiap Mentor dikehendaki melaporkan aktiviti sesi pementoran masing-masing secara berkala. b. Mesyuarat Penyelarasan Program Pementoran Mesyuarat Penyelarasan Mentor dan Menti yang dilaksanakan oleh Pihak KIMIA dengan mengundang penceramah dari Pihak MOSTI telah diadakan pada 22 Jun 2022 untuk tujuan penyelarasan.
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy