127 Mentor dan Menti bagi pasangan Pn. Azmaniza Bt Tulimin dan Pn. Wan Nur Raihana Bt Wan Abdul Rahman dari KIMIA HQ bekerjasama dalam berkongsi ilmu dan tunjuk ajar. Menti Pn. Siti Mariam Bt Hassan sedang mendapat tunjuk ajar berkaitan analisis menggunakan peralatan makmal oleh Mentor Dr. Nor Shifa B. Shuib. Pasangan mentor menti in adalah dari KIMIA Pulau Pinang. 5. Ulasan Keseluruhan Penyelaras Agensi/Jabatan I.Pengenalan Kimia Malaysia telah melaksanakan Program Pementoran yang ke-8 di peringkat Ibu Pejabat dan Negeri/Cawangan bagi sesi 2022. Ia selaras dengan ‘Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 18 Tahun 2005, iaitu Panduan Aplikasi Psikologi Dalam Pengurusan Sumber Manusia Sektor Awam’ dan terkini adalah berpandukan Pekeliling Perkhimatan Sumber Manusia (PPSM) Pengurusan Psikologi Versi 1.0 2022 (ceraian PO3.1.1 dan PO 3.1.4). Program Pementoran ini merupakan satu pendekatan untuk memberi bimbingan, sokongan dan bantuan secara profesional oleh mentor (terlatih dan berkemahiran dan beretika) bagi pembangunan diri menti (pegawai yang memerlukan bimbingan). Ia dilaksanakan bagi tujuan memantapkan tahap kecekapan pegawai di samping membantu mengatasi kebimbangan disebabkan kurang keyakinan dan pengetahuan dalam menjalankan tugas. Melalui program ini, ilmu dan kemahiran dapat dikongsi bersama. Bermula sejak tahun 2011
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy