Laporan Tahunan Program Pementoran Perkhidmatan Awam Tahun 2022

124 pengalaman, komen serta penilaian mereka ke atas program ini di dalam Mesyuarat Penyelarasan Akhir Program Pementoran Agensi Nuklear Malaysia Tahun 2022 yang akan diadakan pada 19 Disember 2022. 5.2 Impak Pelaksanaan Program Kesan pelaksanaan program dapat dilihat melalui maklum balas Borang Kajian Impak Pelaksanaan Program Pementoran seperti ditunjukkan di jadual berikut : Jadual 1 : Purata Markah terhadap Penilaian Kompetensi bagi Sebelum dan Selepas Pelaksanaan Program Pementoran Tahun 2022 PENILAIAN KOMPETENSI PENILAIAN OLEH MENTI PENILAIAN OLEH MENTOR Sebelum Program (Pre) Selepas Program (Post) Sebelum Program (Pre) Selepas Program (Post) I. Kompetensi Profesional 3.7 5.5 3.8 5.5 II. Kompetensi Budaya Kerja Kelas Pertama 3.7 5.5 3.8 5.6 III.Kompetensi Peribadi 4.2 5.5 4.1 5.4 IV. Kompetensi Sosial 3.9 5.6 4.0 5.7 PURATA KESELURUHAN 3.9 5.5 4.0 5.5 Secara keseluruhannya, didapati semua kompetensi yang dinilai telah menunjukkan peningkatan melebihi skor 1 mata bagi kedua-dua pihak mentor dan menti. Bagi Menti, kompetensi Profesional dan Budaya Kelas Pertama menunjukkan peningkatan yang paling tinggi manakala bagi mentor, kompetensi yang paling banyak meningkat adalah Kompetensi Budaya Kelas Pertama. Skor ini menggambarkan bahawa para peserta pementoran berjaya mempertingkat kompetensi diri masing-masing dan program pementoran telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy