115 Jadual Penilaian Kajian Impak Pasca Pementoran bagi Kompetensi Pementoran, N = 24 5. Ulasan Keseluruhan Secara keseluruhannya, pelaksanaan program pementoran memberi kesan yang positif kepada pasangan mentor dan menti melalui pendedahan ilmu, pengalaman dan kemahiran. Semua mentor dan menti yang dilantik memberikan komitmen yang tinggi hingga berjaya menamatkan program pementoran ini dengan jayanya. Seramai 23 mentor dan menti daripada keseluruhan 24 orang sangat bersetuju bahawa program ini dapat meningkatkan semangat kekitaan dalam membantu proses penyesuaian diri dalam iklim organisasi serta membangunkan kemahiran dan potensi diri menti selain daripada program Onboarding dan Familiarisasi. Seramai 20 orang merangkumi 83.3% mentor dan menti sangat bersetuju bahawa program ini membantu mereka lebih memahami tentang budaya organisasi, tingkah laku, sikap dan protokol di tempat kerja. Sebanyak 22 orang mentor dan menti merangkumi 91.7% bersetuju melalui pementoran, mereka dapat mempelajari tentang diri dan membangunkan kemahiran yang diperlukan. Penerapan nilai-nilai murni “Tonggak 12” juga memberi impak positif dalam pelaksanaan tugas harian menti. Selain itu, melalui kajian impak program pementoran yang dijalankan oleh pihak penyelaras juga mendapati antara cadangan daripada mentor dan menti untuk penambahbaikan program pementoran pada masa akan datang ialah mengadakan kursus berkaitan komunikasi berkesan, sharing session dan team building serta acara sukan outdoor agar dapat meningkatkan keserasian sesama mentor dan menti. Penyediaan maklumat yang lebih terperinci dalam pelaksanaan proses pementoran juga akan diberikan perhatian agar mentor dan menti dapat dibimbing dengan sewajarnya. Diharap penambahbaikan yang akan dilaksanakan bagi tahun 2023 akan menjadikan program ini lebih efektif dalam mewujudkan budaya kerja berprestasi tinggi demi pembangunan kendiri individu dan organisasi.
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy