110 daripada Kementerian Kewangan Malaysa dan Encik Mohamad Fauzi bin Saad daripada Jabatan Perdana Menteri. Sepanjang program ini, Sesi Refleksi Mentor dan Menti telah diadakan sebanyak tiga (3) sesi di dalam bentuk kelompok bersama Pegawai Psikologi bagi mengukuhkan pemahaman dan pengetahuan seterusnya meningkatkan kompetensi pegawai. Sesi refleksi berkala ini menekankan kepada pengukuhan empat (4) kompetensi yang diukur dalam pementoran iaitu: - i. Kompetensi Personel ii. Kompetensi Budaya iii. Kompetensi Profesional iv. Kompetensi Sosial Majlis Penyampaian Sijil Penghargaan Mentor Menti juga telah diadakan sempena Sambutan Hari Psikologi dan Integriti KUSKOP Tahun 2022 pada 8 November 2022 di Auditorium E. Sesi ini diadakan sebagai penghargaan atas usaha mentor dan menti dalam menjayakan program ini. Majlis ini disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Suriani binti Dato Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi. Secara keseluruhannya, Program Pementoran ini telah berjalan dengan lancar dan mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Kerjasama dan komitmenn yang diberikan oleh peserta turut baik sepanjang tempoh ini walaupun berhadapan dengan pelbagai kekangan tugas hakiki.
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy