Laporan Tahunan Program Pementoran Perkhidmatan Awam Tahun 2022

109 5. Ulasan Keseluruhan Penyelaras Kementerian/ Jabatan/ SUK : Program Pementoran Dalam Perkhidmatan Awam Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) bagi Tahun 2022 telah dilaksanakan bermula 22 Mac 2022 hingga 25 November 2022. Fokus program ini adalah kepada pegawai lantikan baharu bagi 2021 yang terdiri daripada lima (5) orang Kumpulan Pengurusan dan Profesional (P&P) bagi menti. Manakala mentor yang dilantik adalah seramai empat (4) orang daripada Kumpulan Pengurusan dan Profesional (P&P). Secara keseluruhannya, seramai empat (4) orang mentor dan lima (5) orang menti terlibat dalam program ini. Proses pemilihan menti adalah tertumpu kepada pegawai lantikan baharu dalam tempoh perkhidmatan iaitu di antara satu (1) tahun. Semua menti telah dipadankan dengan mentor yang dicalonkan oleh Ketua Jabatan di bahagian masing-masing berdasarkan kriteria-kriteria yang ditetapkan. Mentor yang dipilih adalah mereka yang mempunyai pengalaman (tacit knowledge), pengetahuan dan kemahiran tinggi bagi memberi bimbingan secara profesional kepada menti. Tujuan program ini diadakan adalah untuk meningkatkan pembangunan kompetensi menti daripada aspek profesional, kendiri dan hubungan sosial, meningkatkan potensi dan kerjaya menti dalam organisasi, menerapkan pembelajaran berterusan melalui perkongsian pengalaman mentor kepada menti dan membudayakan kerja berprestasi tinggi dengan menjadikan mentor sebagai role model. Proses pembelajaran dalam program ini juga berlangsung secara formal dan tidak formal bergantung kepada keperluan mentor dan menti. Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Mentor Menti telah diadakan bersama Bengkel Training of Trainers (TOT) Program Pementoran pada 22 hingga 23 Mac 2022 di kementerian. Sijil watikah pelantikan ini telah disampaikan oleh YBrs. Encik Noor Azman bin Muhammad Noor, Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan) manakala pengisian bagi bengkel ini pula telah disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu Puan Siti Mahani binti Muhazir

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy