106 Dari segi pemantauan keberkesanan program, maklum balas yang diberikan oleh segelintir mentor dan menti amat positif dan beberapa cadangan penambahbaikan telah diutarakan. Antara maklum balas positif yang diterima mengenai sikap menti ialah cara berkomunikasi yang lebih baik, penglibatan aktif menti dalam aktiviti-aktiviti pejabat dan sumbangan idea dalam sebarang perbincangan. Di samping itu, mereka juga telah mencadangkan beberapa idea untuk tujuan penambahbaikkan program pementoran ini pada masa akan datang. Antaranya adalah, mengadakan bengkel yang lebih mendalam mengenai kemahiran dan teknik yang baik untuk menjadi mentor, pemantauan yang kerap oleh penyelaras pementoran agar perkembangan menti seiring dengan matlamat program pementoran dan juga team building antara mentor dan menti agar menimbulkan kejelekitan dia antara mentor dan menti supaya proses perkongsian ilmu itu akan lebih mudah dan efektif. Kesimpulannya, program ini perlu diteruskan terutama bagi meningkatkan budaya kerja yang positif dan cemerlang di organisasi. Melalui pemindahan ilmu dan pengalaman terutamanya “tacit knowledge” daripada staf yang lebih berpengalaman kepada pegawai lantikan baru, ianya adalah amat penting untuk meningkatkan prestasi serta keyakinan diri pegawai lantikan baru untuk terus bekerja dengan lebih produktif dan aktif. Selain itu, program ini juga dapat mengurangkan isu – isu masalah pegawai dari segi pengurusan masa, pengurusan stress serta pengurusan kendiri. Selain itu, budaya ilmu juga dapat diterapkan dan disemai dalam diri pegawai dan ini akan dapat memastikan budaya kerja kelas pertama dapat ditambahbaik dan dimantapkan.
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy