Laporan Tahunan Program Pementoran Perkhidmatan Awam Tahun 2022

105 ULASAN (KESELURUHAN): Penyelaras Kementerian/Jabatan/Agensi: Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOMM) melalui Bahagian Pengurusan Sumber Manusia telah melaksanakan taklimat Program Pementoran pada 27 dan 28 Julai 2022 di Dewan Melati, Perbadanan Putrajaya, Presint 4, Putrajaya. Ia selaras dan mematuhi kehendak Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia: Pengurusan Psikologi Versi 1.0 (2022) Ceraian PO.3.1.4 Panduan Pelaksanaan Pementoran dalam Pengurusan Sumber Manusia Sektor Awam. Program Pementoran di merupakan salah satu kaedah yang membantu pengurusan sumber manusia dengan memberikan bimbingan, sokongan dan bantuan melalui penerapan psikologi dan kaunseling secara profesional seterusnya kecemerlangan penjawat awam dapat ditingkatkan dari aspek kompetensi profesional, budaya, peribadi dan sosial. Skop program pementoran di K-KOMM meliputi pegawai yang cemerlang iaitu mentor memindahkan pengetahuan kerja, pengalaman (tacit knowledge) dan sokongan kepada perkembangan kerjaya menti yang baharu berkhidmat atau yang baharu berpindah masuk ke bahagian atau unit di kementerian. Mentor dan menti terdiri daripada dua buah kumpulan sasar iaitu Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan Kumpulan Pelaksana. Di Kementerian ini, mentor dan menti dikenal pasti oleh Setiausaha Bahagian masing-masing berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) seperti yang terkandung di dalam Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia: Pengurusan Psikologi Versi 1.0 (2022) Ceraian PO.3.1.4 Panduan Pelaksanaan Pementoran dalam Pengurusan Sumber Manusia Sektor Awam. Seramai 15 orang mentor yang berpengalaman dipadankan dengan 15 orang menti. Menti terdiri daripada pegawai lantikan baru dan yang baru berpindah masuk ke K-KOMM. Secara keseluruhan mentor dan menti berjumlah 30 orang yang terdiri daripada kumpulan Pengurusan dan Profesional dan juga kumpulan Pelaksana dari Kementerian, Jabatan dan Agensi. Secara keseluruhan, Program Pementoran ini telah mendapat sokongan dan sambutan yang menggalakkan dari semua pihak. Ianya perlu diteruskan bagi meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan di kalangan penjawat awam demi kecemerlangan organisasi.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy