Laporan Tahunan Program Pementoran Perkhidmatan Awam Tahun 2022

96 Para Mentor yang dipilih perlu mengatur strategi dan juga merangka alternatif yang sesuai dalam membentuk dan mempertingkatkan kewibawaan dalam diri Menti. Pasangan Mentor yang terpilih adalah pegawai yang telah lama berkhidmat dalam perkhidmatan awam. Pelaksanaan Program Pementoran pada tahun 2022 juga akan memberikan cabaran yang baru kepada para Mentor khususnya kerana program ini adalah berbeza dengan Program Pementoran yang pernah dilaksanakan sebelum ini di KPDNKSH. Mentor perlu merancang pelan pembelajaran yang komprehensif dalam tempoh enam (6) bulan dan juga membahagikan masa terutamanya bagi Mentor yang perlu membimbing empat (4) orang Menti dalam tempoh yang sama. Bahan-bahan perbincangan berkaitan dengan kepimpinan juga dibekalkan kepada pasangan Mentor dan Menti sepanjang enam (6) bulan ini. Antara topik yang dikongsikan adalah komunikasi efektif, peranan ketua dalam mewujudkan persekitaran kerja yang sihat serta bagaimana cognitive biases mempengaruhi proses pembuatan keputusan. Secara keseluruhannya, pelaksanaan Program Pementoran KPDNKSH Tahun 2022 berjalan dengan lancar dan akan ditamatkan pada bulan Disember 2022. Mesyuarat Penyelarasan Pementoran telah dilaksanakan sebanyak 2 kali dalam tempoh enam (6) bulan mengikut penetapan daripada pihak pengurusan KPDNKSH. Pasangan Mentor dan Menti juga memberikan pandangan yang positif semasa pelaksanaan Program Pementoran semasa Mesyuarat Penyelarasan. Pasangan Mentor dan Menti memberikan maklum balas agar pasangan boleh terus dipadankan daripada Bahagian yang sama pada masa hadapan kerana ia memudahkan proses perjumpaan semasa waktu bekerja. Selain daripada Program Pementoran Umum dan juga Program Pementoran Kepimpinan, konsep bagi Program Pementoran di KPDNKSH pada masa yang

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy