Laporan Tahunan Program Pementoran Perkhidmatan Awam Tahun 2022

91 Sesi pertemuan pementoran peringkat MOSTI telah dilaksanakan sebanyak 12 kali selama 5 bulan. Di dalam sesi ini, menti melaksanakan proses pemerhatian, penglibatan diri seterusnya mengamalkan kemahiran baru yang dibimbing oleh mentor bagi tujuan pembangunan kualiti diri menti dari sudut kompetensi profesional, kompetensi budaya, kompetensi peribadi dan kompetensi sosial yang bermanfaat untuk organisasi. Antara kompetensi profesional berkaitan kemahiran kerja yang dimentorkan adalah kemahiran pengurusan tatatertib, kemahiran penyediaan Memorandum Jemaah Menteri (MJM) serta Nota Jemaah Menteri (NJM), kemahiran berkaitan pengurusan kerjasama bilateral dengan negara luar dalam bidang sains, kemahiran berkaitan penggunaan aplikasi FDS, pencerapan dan instrumentasi program pendidikan menggunakan audio serta lain-lain kompetensi generik dan fungsional. Kompetensi peribadi yang dimentorkan kepada menti merangkumi penerapan nilai-nilai murni, kaedah meningkatkan keyakinan diri dan motivasi kerja, kemahiran komunikasi serta kemahiran pengurusan tekanan dan konflik. Kompetensi budaya kerja kelas pertama yang dimentorkan merangkumi aspek kemahiran bekerjasama dalam satu pasukan, nilai etika kerja, dan elemen tolong-menolong antara satu sama lain. Kompetensi sosial yang dimentorkan merangkumi aspek kemahiran membina hubungan dengan rakan sekerja dan pengurusan atasan, kemahiran interpersonal, kemahiran pengurusan perhubungan pelanggan serta kemahiran perundingan.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy