PROGRAM LAPORAN TAHUNAN PEMENTORAN PERKHIDMATAN AWAM Bahagian Pengurusan Psikologi Jabatan Perkhidmatan Awam
ISI KANDUNGAN MUKA SURAT KATA-KATA ALUAN PENGARAH BAHAGIAN PENGURUSAN PSIKOLOGI i PENGENALAN PEMENTORAN iii MAKLUMAT KORPORAT PEMENTORAN iv FALSAFAH & ETIKA PEMENTORAN vi SENARAI KEAHLIAN PEMENTORAN MENGIKUT KEMENTERIAN, JABATAN, SUK & AGENSI SENARAI PEMENANG ANUGERAH AKRAB DAN PEMENTORAN 2022 vii LAPORAN AKTIVITI PEMENTORAN DI KEMENTERIAN, JABATAN, SUK & AGENSI TAHUN 2022: 1. JABATAN PERDANA MENTERI 1 - 5 2. UNIT PERANCANG EKONOMI, JABATAN PERDANA MENTERI 6 - 8 3. DARUL QURAN, JAKIM 9 - 13 4. JABATAN PERKHIDMATAN AWAM 14 - 19 5. PERBENDAHARAAN MALAYSIA 20 - 24 6. KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI 25 - 29 7. KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 30 34 8. KEMENTERIAN KERJA RAYA 35 - 39 9. KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT 40 - 44 10.KEMENTERIAN PERTAHANAN 45 - 48 11.KEMENTERIAN DALAM NEGERI 49 – 53 12.POLIS DIRAJA MALAYSIA (PDRM) 54 – 58 13.KEMENTERIAN PENGANGKUTAN MALAYSIA (MOT) 59 - 63 14.KEMENTERIAN PELANCONGAN, SENI DAN BUDAYA 64 - 68
15.KEMENTERIAN ALAM SEKITAR DAN AIR 69 - 73 16.KEMENTERIAN TENAGA DAN SUMBER ASLI 74 - 78 17.KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI MAKANAN 79 - 83 18.KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN 84 - 87 19.KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI (MOSTI) 88 - 92 20.KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN KOS SARA HIDUP 93 - 97 21.KEMENTERIAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR 98 - 102 22.KEMENTERIAN KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA (K-KOMM) 103 - 106 23.KEMENTERIAN PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI 107 - 110 24.KEMENTERIAN PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI (KPPK) 111 - 115 25.KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN 116 - 119 26.AGENSI NUKLEAR MALAYSIA 120 - 124 27.JABATAN KIMIA MALAYSIA 125 - 129 28.JABATAN ANGKASA MALAYSIA (MYSA) 130 - 136 29.PEJABAT PENTADBIRAN KERAJAAN NEGERI PAHANG 137- 141 30.PEJABAT PENTADBIRAN KERAJAAN NEGERI TERENGGANU 142 - 145 31.PEJABAT PENTADBIRAN KERAJAAN NEGERI KEDAH 146 - 150 32.PEJABAT PENTADBIRAN KERAJAAN NEGERI MELAKA 151 - 156 33.PEJABAT PENTADBIRAN KERAJAAN NEGERI SEMBILAN 157 - 161 34. PEJABAT PENTADBIRAN KERAJAAN NEGERI PERLIS 162 – 167
i KATA-KATA ALUAN PENGARAH BAHAGIAN PENGURUSAN PSIKOLOGI Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah rahmatNya, Bahagian Pengurusan Psikologi telah dapat menyediakan Laporan Tahunan Pementoran Perkhidmatan Awam Tahun 2022. Laporan ini merupakan koleksi aktiviti yang telah dilaksanakan sepanjang tahun 2022 oleh mentor dan menti di kementerian, jabatan dan SUK. Tujuan laporan ini dikeluarkan adalah untuk memberi ruang kepada kementerian, jabatan dan SUK untuk melaporkan aktiviti-aktiviti pementoran yang dijalankan. Laporan ini juga membantu pihak Jabatan untuk menilai pelaksanaan dan keberkesanan aktiviti serta memudahkan penyelarasan. Pada keseluruhannya, aktiviti yang dilaksanakan di peringkat kementerian, jabatan dan SUK amat membanggakan dengan melibatkan pelbagai lapisan peringkat pegawai. Ini jelas membuktikan bahawa mentor menti bukan sahaja dapat membangunkan diri, malah dapat menaikkan nama organisasi. Pada tahun ini, Jabatan Perkhidmatan Awam lebih menumpukan kepada pemantapan kompetensi kemahiran membimbing di kalangan mentor sedia ada. Adalah diharapkan agar Ketua Jabatan, Pengurus Sumber Manusia, Pegawai Psikologi serta mentor menti dapat bekerjasama antara satu sama lain dalam membantu Jabatan dan pihak Kerajaan khususnya dalam melaksanakan dasar-dasar Kerajaan. Justeru itu, semua pihak haruslah memainkan peranan secara proaktif agar matlamat untuk memperkasakan kecemerlangan organisasi akan tercapai. Akhir kalam, saya ingin mengucapkan Selamat Maju Jaya kepada semua mentor dan menti sekalian. Salam Hormat. YBHG. DATO’ PAUZAN BIN AHMAR
ii LAPORAN TAHUNAN PROGRAM PEMENTORAN PERKHIDMATAN AWAM TAHUN 2022
iii PENGENALAN PEMENTORAN PENDAHULUAN Pementoran merupakan satu pendekatan memberi bimbingan, sokongan dan bantuan secara professional oleh mentor (pegawai yang terlatih, berkemahiran dan beretika bagi pembangunan diri menti) manakala menti (pegawai yang memerlukan bimbingan). Pendekatan ini melibatkan aktiviti perhubungan, pemindahan kemahiran personel dan profesional seseorang pegawai dalam jangka masa yang ditetapkan. Pementoran adalah selaras dengan pelaksanaan Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (PPSM) PO.3.1 Pengurusan Psikologi Dalam Perkhidmatan Awam Ceraian PO.3.1.4 iaitu Panduan Pelaksanaan Pementoran Dalam Pengurusan Sumber Manusia Sektor Awam. Melalui pekeliling ini, aplikasi psikologi dalam intervensi turut diberi penekanan bagi mempertingkatkan kecemerlangan diri pegawai, terutamanya pegawai yang baru dilantik dalam perkhidmatan awam atau pegawai yang baru dinaikkan pangkat ke sesuatu jawatan. Program Pementoran merupakan program bersepadu yang turut disokong oleh pelaksanaan program coaching dan kaunseling. Ia berfokus kepada pembangunan dan peningkatan kompetensi kerja dan peribadi pegawai yang baru dilantik dan dinaikkan pangkat. Pementoran terbuka kepada semua anggota Perkhidmatan Awam yang memenuhi kriteria sebagai mentor dan menti. Mentor merupakan seorang pegawai yang dilantik untuk membimbing dalam perkembangan kerjaya seseorang pegawai. Biasanya mentor adalah seorang yang lebih kanan atau berpengalaman dan boleh dijadikan sebagai role model dalam kalangan rakan sekerja. Menti bermaksud pegawai yang dibantu oleh mentor dalam proses perhubungan pementoran dan biasanya merupakan seorang yang memerlukan bantuan dalam pembangunan diri, perkembangan dan pemantapan kerjaya serta penyesuaian dalam kehidupan seharian.
iv MAKLUMAT KORPORAT PEMENTORAN OBJEKTIF Pementoran dalam perkhidmatan awam merupakan pendekatan untuk memberi bimbingan, sokongan dan bantuan dengan menerapkan elemen psikologi dan kaunseling secara profesional yang diberikan oleh mentor kepada menti bertujuan meningkatkan pembangunan dan kompetensi profesional, budaya, peribadi dan sosial bagi pegawai lantikan baru dan dinaikkan pangkat. SEJARAH PEMENTORAN Sejarah Greek, Homer’s Odyssey sebagai mentor melatih dan menasihat Telemachus, anak lelaki Odysseus supaya Telemachus bersedia untuk mengambil alih tanggungjawab keluarganya semasa ketiadaan bapanya. Mentor juga menasihati Telemachus bagaimana untuk mencari ayahnya. Telemachus berterima kasih kepadanya di atas pertolongannya: “Tuan, terima kasih di atas budi baik tuan, awak seperti seorang ayah yang bercakap kepada anak sendiri dan saya tidak akan lupa walaupun satu perkataan yang awak cakap………….”. PERMULAAN ISTILAH MENTOR DUNIA MODEN THE ADVENTURES OF TELEMACHUS 1699 Sebuah novel pengajaran oleh Fenelon, Ketua Biskop Cambrai, Perancis juga merupakan tutor Kepada Duc de Bourgogne yang berusia tujuh tahun (cucu kepada Raja Louis XIV). Novel ini menceritakan tentang Homer’s Odyssey, yang menceritakan semula perjalanan Telemachus, anak kepada Ulysses, yang ditemani oleh tutornya (Mentor). Permulaan penggunaan perkataan Mentor dalam Bahasa Inggeris. Ekonomi zaman pertengahan England diselamatkan tukang-tukang yang menghasilkan produk di kilang-kilang kampong. Tukang-tukang ini mewariskan perdagangan mereka kepada murid-murid mereka dan proses ini menunjukkan persamaan yang ketara dengan konsep moden. Perantis itu berkhidmat dengan tuan mereka selama 12 tahun atau sehingga mereka mencapai umur 21 tahun.
v SELEPAS PERANG DUNIA KEDUA Kewujudan Sekolah Pengurusan Tingkah Laku (School of Behavior Management) menekankan kepentingan sumber manusia dan syarikat semakin memberi perhatian kepada latihan dan pembangunan sumber manusia. KEJATUHAN EKONOMI 1990 Tekanan untuk mendapatkan margin keuntungan yang tinggi digabungkan dengan tekanan persaingan yang tinggi memaksa banyak organisasi mengambil langkah alternatif yang memberikan kos lebih efektif dalam program-program latihan. Ini menyebabkan setiap organisasi melihat latihan yang lebih spesifik dan mereka semakin melihat kelebihan peningkatan individu melalui pendekatan individualistik. Kakitangan yang terpaksa menghadapi persekitaran kerja yang tertekan memerlukan bimbingan dan sokongan dari aspek individual. PERLUASAN KONSEP PEMENTORAN DALAM PERKHIDMATAN AWAM 2009 “………..Another approach to develop the knowledge-based workforce is through mentoring and continuous training. In grooming good leaders, it is significant that they learn to lead from relationship with senior leaders who have served as coaches, mentors and teachers and above all, good examples. In addition, young leaders more often than not learn to lead far more from tacit rather than from cognitive knowledge – as apprentices of masters”. (Y.A.B Perdana Menteri di MAPPA X, PICC Putrajaya).
vi FALSAFAH Pementoran adalah anugerah yang perlu dikongsi bersama. Ia merupakan perhubungan yang mampu memberi makna dalam masa yang sama mentor dapat berkongsi pengalaman sendiri dalam melahirkan menti yang matang sewaktu proses perkembangan diri. Kematangan ini terhasil melalui pemindahan pengalaman dalam perhubungan yang berstruktur. Melalui perhubungan yang sinergetik ini, menti dapat memantap dan menjelmakan keperibadian mentor sebagai asas dalam pembentukan keperibadian diri melalui pertemuan, perbualan dan proses pembelajaran yang mampu membentuk dan mencapai matlamat, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. ETIKA Perhubungan sesi pementoran berlaku secara profesional. Perhubungan boleh dilakukan secara bersemuka dan tidak bersemuka. Sesi pertemuan secara bersemuka akan dirancang mengikut kesesuaian dan keperluan mentor dan menti. Lokasi pertemuan juga adalah di tempat yang telah ditetapkan oleh Pihak Jawatankuasa Penyelaras Program Jabatan. Manakala perhubungan secara tidak bersemuka dengan menggunakan teknologi perhubungan seperti talian telefon dan internet, biasa diamalkan untuk proses penyampaian maklumat dalam pementoran. Kedua-dua bentuk perhubungan secara bersemuka atau tidak adalah terikat denganperaturan, kesantunan budaya dan nilai-nilai keagamaan yang dianuti. Walau bagaimanapun terdapat juga isu ‘dual relationship’ akan berisiko berlaku antara mentor dan menti kerana dalam perhubungan pementoran juga melibatkan elemen perkongsian emosi. Aktiviti seperti mengambil berat dan memberikan dorongan akan berkecenderungan mewujudkan perasaan intim. Justeru, pemadanan mentor dan menti yang sama jantina wajar diberikan keutamaan bagi mengurangkan risiko ini. Di samping itu, mentor dan menti perlu dilatih untuk sentiasa mematuhi etika, tanggungjawab dan kesedaran tentang matlamat pementoran agar isu ini dapat dikendalikan dengan bijaksana.
vii SENARAI KEAHLIAN PEMENTORAN: KEMENTERIAN, JABATAN, SUK DAN AGENSI TAHUN 2010 - 2022 TAHUN KEMENTERIAN JABATAN/SUK PBT & BADAN BERKANUN MENTOR MENTI MENTOR MENTI MENTOR MENTI 2010 202 203 290 290 92 102 2011 275 275 230 250 150 200 2012 245 310 579 506 194 182 2013 113 124 482 551 121 155 2014 110 112 400 412 130 132 2015 160 168 320 300 90 94 2016 318 408 150 200 442 514 2017 203 203 131 131 57 57 2018 120 120 150 170 15 20 2019 223 286 283 342 112 150 2020 194 228 603 824 141 146 2021 1,483 1,664 1,219 1,221 86 93 2022 531 624 400 501 102 112 JUMLAH 4,177 4,725 5,237 5,698 1,732 1,957 JUMLAH KESELURUHAN: 23,526
LAPORAN AKTIVITI PEMENTORAN DI KEMENTERIAN, JABATAN, SUK & AGENSI TAHUN 2022
1 1. JABATAN PERDANA MENTERI
2 LAPORAN PROGRAM PEMENTORAN KESELURUHAN JABATAN PERDANA MENTERI TAHUN 2022 1. Tarikh Mula : Tarikh Tamat : 2. Peserta Mentor Menti Bilangan Peserta : 13 orang Bilangan Peserta : 13 orang 3. Skop Pementoran : i. Pegawai Lantikan Baru ii. Kenaikan Pangkat 4. Gambar Program Pementoran i. Majlis Perasmian dan Pelancaran Program Pementoran, Jabatan Perdana Menteri Tahun 2022 oleh YBhg. Datuk Shahrul Kamal bin Osman, Setiausaha Bahagian, Bahagian Sumber Manusia Jabatan Perdana Menteri pada 29 Mac 2022. 4 April 2022 7 Oktober 2022 / /
3 ii. Penyampaian Surat Lantikan kepada Mentor dan Menti oleh YBhg. Datuk Shahrul Kamal bin Osman, Setiausaha Bahagian, Bahagian Sumber Manusia Jabatan Perdana Menteri. iii. Sesi ceramah Bengkel Training Of Trainers (TOT) Program Pementoran JPM oleh Puan Maemuna binti Abidin dari Bahagian Pengurusan Psikologi, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
4 5. Ulasan Keseluruhan Penyelaras Program di Jabatan Perdana Menteri : Program Pementoran Jabatan Perdana Menteri (JPM) Tahun 2022 telah dapat dilaksanakan mengikut prosedur dan modul yang telah ditetapkan oleh Bahagian Pengurusan Psikologi, Jabatan Perkhidmatan Awam; melalui Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (MyPPSM), Ceraian PO. 3.1.1 Panduan Aplikasi Psikologi Dalam Pengurusan Sumber Manusia Sektor Awam; dan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 8 Tahun 2010. Program mendapat sokongan dan kerjasama yang baik daripada pihak Sumber Manusia dan juga Mentor dan Menti yang dilantik. Secara keseluruhannya, Program Pementoran JPM telah dapat meningkatkan kemahiran komunikasi yang positif, kompetensi dan budaya kerja terbaik di tempat kerja. Proses bimbingan dalam pementoran juga telah berjaya menambahkan kefahaman Menti terhadap amalan kerja; dan keberkesanan program/ aktiviti yang dilakukan oleh Mentor berjaya memberikan motivasi kerja kepada Menti. Impak Pelaksanaan Program Pementoran JPM menunjukkan bahawa kompetensi Mentor dan Menti pada keempat-empat kompetensi iaitu; Kompetensi Profesional, Budaya Kerja Kelas Pertama, Peribadi dan Sosial berada pada tahap (skala) baik dan cemerlang. Pencapaian bagi keempat-empat kompetensi menunjukkan peningkatan pada kompetensi Menti, yang mana Menti mendapat manfaat secara langsung daripada kompetensi-kompetensi yang ada pada Mentor. Dengan peningkatan kompetensi-kompetensi ini, bermakna proses perhubungan pementoran di antara Mentor dan Menti telah mencapai hasil yang telah digariskan oleh program. Melalui maklum balas yang diberikan oleh pihak Mentor, perlaksanaan perhubungan program ini lancar dan Menti memberikan kerjasama yang baik dalam menjayakan program. Di antara maklum balas adalah seperti berikut;
5 i. Menti menunjukkan peningkatan prestasi yang sangat memuaskan, berjaya menonjolkan potensi diri; dan lebih yakin semasa berurusan dengan pegawai atasan; ii. Menti menunjukkan peningkatan dari sikap – berdedikasi, rajin, proaktif dan sentiasa mengutamakan pencapaian serta sentiasa bersedia membantu bila diperlukan; dan iii. Menti mempunyai semangat untuk memajukan diri, berdaya saing dan bersedia menerima perubahan dan mempunyai inisiatif yang tinggi. Program ini merupakan perhubungan bermakna yang dibina di antara Mentor dan Menti kerana Mentor dapat berkongsi ilmu, nilai dan pengalaman diri, serta dapat meningkatkan cara gaya kepimpinan sedia ada. Manakala Menti pula dapat mempelajari dan mempraktikkan ilmu, nilai dan pengalaman tersebut ke dunia realiti pekerjaan dan kehidupan seharian. Secara keseluruhannya, Program Pementoran ini dapat membantu menaikkan tahap kecekapan di dalam mengendalikan aspek pekerjaan, perhubungan antara ketua dan pekerja serta membantu membina perhubungan yang lebih baik dengan pelanggan luar dan warga kerja dalaman. Program ini perlu diteruskan pelaksanaannya di dalam perkhidmatan awam agar budaya kerja kelas pertama dapat diwujudkan di kalangan anggota perkhidmatan awam.
6 2. UNIT PERANCANG EKONOMI, JABATAN PERDANA MENTERI
7 LAPORAN PROGRAM PEMENTORAN KESELURUHAN UNIT PERANCANG EKONOMI, JABATAN PERDANA MENTERI TAHUN 2022 1. Tarikh Mula : Tarikh Tamat : 2. Peserta Mentor Menti Bilangan Peserta : 10 orang Bilangan Peserta : 10 orang 3. Skop Pementoran : i. Pegawai Lantikan Baru ii. Kenaikan Pangkat iii. Bertukar Masuk 4. Gambar Program Pementoran 14 April 2022 14 Disember 2022 / /
8 5. Ulasan Keseluruhan Penyelaras Kementerian/ Jabatan/ SUK: Program Pementoran Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri telah dilancarkan oleh Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi pada 21 April 2022. Program ini melibatkan seramai 20 orang pegawai iaitu 10 mentor dan 10 menti. Pemilihan mentor dan menti melibatkan pegawai yang berpotensi tinggi dari pelbagai gred. Bagi menjayakan program mentor menti ini, EPU telah menganjurkan Bengkel Training of Trainers pada 14 April 2022. Sepanjang program ini berlangsung, antara cabaran dan isu yang sering dibangkitkan adalah berkaitan kekangan masa di mana pegawai sukar untuk mengadakan perjumpaan kerana kesibukan dalam melaksanakan tugas masing-masing. Walau bagaimanapun, perkara ini dapat diatasi melalui perbincangan di dalam mesyuarat penyelarasan. Mesyuarat penyelarasan yang diadakan setiap dua bulan bersetuju supaya pemilihan topik, pengisian aktiviti, kaedah pelaksanaan perhubungan pementoran adalah fleksibel dan bergantung kepada keperluan atau matlamat program diadakan. Walau bagaimanapun, mentor dan menti perlu mematuhi etika perhubungan pementoran. Laporan sesi perjumpaan mentor menti telah direkodkan melalui google form yang dipantau oleh urus setia latihan dari masa ke semasa.
9 3. DARUL QURAN JAKIM, JABATAN PERDANA MENTERI
10 LAPORAN PROGRAM PEMENTORAN KESELURUHAN KEMENTERIAN/ JABATAN/ SUK: DARUL QURAN, JAKIM TAHUN 2022 1. Tarikh Mula : Tarikh Tamat : 2. Peserta Mentor Menti Bilangan Peserta : 37 orang Bilangan Peserta : 37 orang 3. Skop Pementoran : i. Pegawai Lantikan Baru ii. Kenaikan Pangkat iii. Bertukar Masuk 4. Gambar Program Pementoran 22 September 2022 30 Disember 2022
11
12
13 5. Ulasan Keseluruhan Penyelaras Kementerian/ Jabatan/ SUK: DARUL QURAN, JAKIM Aktiviti Unit Kaunseling Psikologi & Kerjaya telah mengadakan Kursus Asas Latihan Pementoran Darul Quran kepada kakitangan dan pelajar Darul Quran dan Lokasi-Lokasi Tambahan Darul Quran. Beberapa respon positif yang diterima, antaranya peserta yang menghadiri kursus psikopendidikan mendapat pendedahan berkaitan kerjaya pengajian Tahfiz serta hala tuju pengajian selepas tamat pengajian di Darul quran, JAKIM. Program (MM) melibatkan kerjasama yang diberikan oleh Peers (mentor) yang dilantik oleh Jawatan Kuasa Unit Psikologi Kaunseling, DQ untuk membimbing, menasihat dan membantu mengatasi masalah-masalah pelajar (menti) terutamanya dalam pembangunan sahsiah dan akademik. Di bawah program ini, seseorang mentor akan ditugaskan untuk membantu menti dalam memperjelaskan objektif-objektif pengajian, menyusun pengambilan kursuskursus akademik dan menggunakan keupayaan-keupayaan yang ada pada diri mereka untuk memenuhi keperluan pengajian samada Program Pensijil Tahfiz, Diploma Tahfiz Wal Qiraat dan Ijazah Sarjana Muda di Darul Quran. Biasanya, seseorang mentor akan ditugaskan membantu dan membimbing sekumpulan pelajar bermula dari awal pengajian, iaitu semasa mereka memasuki Darul Quran sehingga mereka tamat pengajian tersebut. Alhamdulillah, semua ahli AKRAB DQ dan Pementoran DQ telah menjalankan tugas dan amanah yang terbaik. Tahniah dan terima kasih kepada semua ahli AKRAB DQ yang banyak menyumbangkan bakti dan usaha dalam membantu rakan-rakan sekerja termasuklah program-program Unit Kaunseling.
14 4. JABATAN PERKHIDMATAN AWAM (JPA)
15 LAPORAN PROGRAM PEMENTORAN KESELURUHAN JABATAN PERKHIDMATAN AWAM TAHUN 2022 6. Tarikh Mula : Tarikh Tamat : 7. Peserta Mentor Menti Bilangan Peserta : 16 Bilangan Peserta : 24 8. Skop Pementoran : i. Pegawai Lantikan Baru ii. Kenaikan Pangkat iii. Bertukar Masuk 14 Februari 2022 14 September 2022 √ √
16 9. Gambar Program Pementoran i. Tajuk : TOT PEMENTORAN Tarikh : 14 & 15 Februari 2022 Tempat : Bilik Latihan Galeria, Aras 4, Blok C1 JPA
17 ii. Tajuk : Sesi Pembelajaran Pementoran Siri 1/2022 Tarikh : 30 Jun 2022 Tempat : Perpustakaan JPA, Aras 8, Blok C1 JPA
18 iii. Tajuk : Sesi Pembelajaran Pementoran Siri 2/2022 (Penutup) Tarikh : 14 September 2022 Tempat : Bilik Latihan Galeria, Aras 4, Blok C1 JPA 10.Ulasan Keseluruhan Penyelaras Kementerian/ Jabatan/ SUK: Program Pementoran 2022 berjalan dengan baik dan lancar sepanjang tempoh pelaksanaan. Terdapat beberapa sesi pembelajaran yang diadakan iaitu TOT Pementoran yang diadakan pada 14 dan 15 Februari 2022 bagi memberi penerangan dan penjelasan kepada mentor dan menti mengenai konsep pementoran dalam perkhidmatan awam. Seterusnya Sesi Pembelajaran Pementoran Siri 1/2022 yang telah diadakan pada 30 Jun 2022 di mana antara topik yang dikongsi adalah sesi
19 perkongsian ilmu mengenai anxiety dan beberapa sesi motivasi yang lain bagi meningkatkan produktiviti di kalangan mentor dan menti. Sesi Pembelajaran Pementoran Siri 3/2022 yang juga penutup bagi program pementoran diadakan pada 14 September 2022, merumuskan hasil, pengalaman serta perkongsian mentor dan menti sepanjang tempoh ia dilaksanakan. Keseluruhan program ini telah mencapai objektif dalam memberi bimbingan, sokongan dan bantuan dengan menerapkan elemen psikologi dan kaunseling secara profesional yang diberikan oleh mentor kepada menti bertujuaan meningkatkan pembangunan dan kompetensi profesional, budaya, peribadi, dan sosial bagi pegawai lantikan baru, kenaikan pangkat dan bertukar masuk.
20 5. PERBENDAHARAAN MALAYSIA
21 LAPORAN PROGRAM PEMENTORAN KESELURUHAN PERBENDAHARAAN MALAYSIA TAHUN 2022 1. Tarikh Mula : Tarikh Tamat : 2. Peserta Mentor Menti Bilangan Peserta : 22 Bilangan Peserta : 22 3. Skop Pementoran : i. Pegawai Lantikan Baru ii. Kenaikan Pangkat iii. Bertukar Masuk 4. Gambar Program Pementoran Gambar Program TOT Pementoran Perbendaharaan Malaysia 8 Mac 2022 30 September 2022
22 Gambar Program Team Building Pementoran Perbendaharaan Malaysia Tahun 2022
23 5. Ulasan Keseluruhan Penyelaras Kementerian/ Jabatan/ SUK: Program Pementoran merupakan satu inisiatif bagi membantu warga kementerian agar lebih berkompetensi demi memajukan diri dan organisasi. Semua pihak yang terlibat perlu memberi kerjasama dan berusaha bagi mencapai matlamat yang telah ditetapkan bagi Program Pementoran untuk masa akan datang. Mentor berpendapat bahawa menti mempunyai potensi diri yang baik dan menampakkan kesungguhan mereka dalam meningkatkan kemahiran dan kecekapan dalam aspek profesional, budaya, peribadi dan sosial.
24 Secara keseluruhannya, program pementoran ini dapat membantu meningkatkan tahap kecekapan di dalam mengendalikan aspek pekerjaan, perhubungan antara ketua dan pekerja serta khidmat layanan kepada pelanggan luar dan dalaman. Program ini juga memberi peluang kepada menti untuk membangunkan dan memantapkan lagi kompetensi peribadi, sosial, profesional dan budaya. Program ini perlu diteruskan di dalam perkhidmatan awam agar budaya kerja kelas pertama dapat direalisasikan di kalangan anggota perkhidmatan awam.
25 6. KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI
26 LAPORAN PROGRAM PEMENTORAN KESELURUHAN KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI TAHUN 2022 1. Tarikh Mula: Tarikh Tamat: 2. Peserta Mentor Menti Bilangan Peserta: 8 orang Bilangan Peserta: 16 orang 3. Skop Pementoran : i. Pegawai Lantikan Baru / Baru Bertukar ii. Kenaikan Pangkat ii. Bertukar Masuk 4. Gambar Program Pementoran Bengkel TOT pementoran secara dalam talian berlangsung pada 1 Mac 2022. 01 Mac 2022 30 September 2022 /
27 Mesyuarat Penyelarasan Pementoran Bilangan Pertama bersama mentor secara bersemuka pada 10 Mei 2022. Mesyuarat Penyelarasan Pementoran Bilangan Kedua bersama mentor secara bersemuka pada 19 Julai 2022.
28 Antara peserta yang hadir bagi Mesyuarat Penyelarasan Pementoran Bilangan Kedua bersama menti pada 19 Julai 2022. 5. Ulasan Keseluruhan Penyelaras Pementoran Peringkat Kementerian Pengajian Tinggi: Program pementoran peringkat Kementerian Pengajian Tinggi telah dilaksanakan dengan jayanya bermula 01 Mac 2022 sehingga 30 September 2022. Seramai 8 orang mentor dan 16 orang menti telah dipilih untuk menyertai Program Pementoran siri pertama 2022 ini. Sebagai langkah persediaan awal Program Pementoran, Unit Pengurusan Psikologi KPT telah menganjurkan Bengkel TOT pada 01 Mac 2022 secara dalam talian. Mesyuarat seterusnya, iaitu mesyuarat penyelarasan bilangan pertama, kedua, dan ketiga dilaksanakan sepenuhnya secara bersemuka. Di dalam mesyuarat penyelarasan tersebut, mentor membentangkan perkembangan para menti mereka sepanjang tempoh Program Pementoran ini dijalankan. Setiap pertemuan yang dijalankan telah direkod. Penilaian secara keseluruhan bagi program pementoran kali ini adalah memuaskan. Maklum balas yang positif dari kedua-dua pihak mentor dan menti. Perubahan yang positif dan peningkatan pencapaian berdasarkan
29 empat kompetensi yang difokuskan juga telah ditunjukkan oleh para menti sepanjang program ini dilaksanakan. Kerjsama yang baik telah diberikan oleh kedua-dua pihak mentor dan menti. Akhir sekali, diharapkan Program Pementoran seperti ini akan terus dilaksanakan dan akan ditambahbaik berdasarkan cadangan-cadangan yang telah dibincangkan sepanjang mesyuarat penyelarasan diadakan. Semoga segala ilmu, pengalaman dan kemahiran yang diperolehi daripada program ini dapat menjadi panduan dan rujukan kepada semua peserta untuk meningkatkan prestasi kerjaya masing-masing pada masa akan datang. Program ini juga dapat membangunkan potensi kerjaya mentor dan menti dalam usaha memberikan perkhidmatan yang terbaik dalam organisasi. Perhubungan yang wujud di antara mentor dan menti dapat menggalakkan pembudayaan pembelajaran secara berterusan dan perkongsian ilmu yang bermatlamat untuk mengerakkan prestasi perkhidmatan awam kearah kecemerlangan.
30 7.KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
31 LAPORAN PROGRAM PEMENTORAN KESELURUHAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TAHUN 2022 11.Tarikh Mula : Tarikh Tamat : 12. Peserta Mentor Menti Bilangan Peserta : 140 Bilangan Peserta : 172 13.Skop Pementoran : i. Pegawai Lantikan Baru ii. Kenaikan Pangkat iii. Bertukar Masuk 14.Gambar Program Pementoran Kementerian Pendidikan Malaysia Januari 2022 November 2022 64 6 102
32
33
34 5. Ulasan Keseluruhan Penyelaras Kementerian/ Jabatan/ SUK : Program Pementoran telah dilaksanakan di semua Bahagian, Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah, Kolej Matrikulasi dan Institut Pendidikan Guru di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Program ini dijalankan mengikut modul dan garis panduan yang telah dibekalkan. Ia telah dijalankan bermula Januari sehingga November 2022. Pihak penyelaras mengambil inisiatif untuk mengadakan platform perjumpaan rasmi secara dalam talian dan bersemuka dalam Program Pelancaran Program Pementoran Perkhidmatan Awam Kementerian Pendidikan Malaysia di bahagian dan jabatan masing-masing. Walaupun terdapat beberapa kengkangan semasa pandemik berlaku, namun program pementoran masih tetap diteruskan bagi memastikan objektif meningkatkan produktiviti organisasi tercapai. Manakala perjumpaan secara tidak rasmi di antara mentor dan menti pula dijalankan mengikut kesesuaian masa masing-masing dan dicatatkan laporan melalui aplikasi yang bersesuaian. Program pementoran memberi banyak manfaat kepada organisasi, mentor dan menti dalam menimba pengalaman daan dapat meningkatkan keyakinan diri, motivasi diri bagi kemajuan kerjaya mereka sendiri. Aktiviti bimbingan yang dijalankan dapat membangunkan kecekapan dan meningkatkan peranan kepimpinan mentor, hubungan kerja yang positif dan sekaligus meningkatkan produktiviti organisasi.
35 8.KEMENTERIAN KERJA RAYA
36 LAPORAN PROGRAM PEMENTORAN KESELURUHAN KEMENTERIAN KERJA RAYA TAHUN 2022 1. Tarikh Mula Tarikh Tamat 2. Sasaran Peserta Mentor Menti Bilangan Peserta : 15 individu Bilangan Peserta: 15 individu 3. Skop Pementoran : i. Pegawai Lantikan Baru ii. Kenaikan Pangkat 4. Gambar Program Pementoran: 4.1 Pengenalan Program Pementoran tahun 2022 kepada Mentor dan Mentee yang telah ditetapkan. 29 Julai 2022 15 Disember 2022 √
37 4.2 Pembahagian Mentor dan Mentee mengikut ketetapan yang telah dijalankan pada bulan Julai 2022. 4.3 Aktiviti membina kepercayaan dan perhubungan interpersonal antara Mentor dan Mentee secara fizikal di dalam Program Pementoran KKR 2022. 4.4 Aktiviti kenalpasti kompetensi diri dan strategi kearah kecemerlangan diri.
38 4.5 Contoh pelaporan yang dilaksanakan oleh peserta Program Pementoran KKR tahun 2022 5 Ulasan Penyelaras Kementerian Program Pementoran Kementerian Kerja Raya tahun 2022 ini dilaksanakan selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 18 Tahun 2005 dan Surat Pekeliling Perkhidmatan Awam Bilangan 8 Tahun 2010. Program pementoran Kementerian Kerja Raya kali ini melibatkan 30 orang peserta yang terdiri dari 15 mentor dan 15 menti dari pelbagai Bahagian di Kementerian Kerja Raya. Program Pementoran pada tahun ini telah dilaksanakan secara atas talian dan fizikal bermula dari Julai 2022 yang memfokuskan kepada kakitagan yang baru melaporkan diri ke Kementerian Kerja Raya dan akan berakhir pada bulan Disember 2022. Dari segi pelaksanaan pula, terdapat beberapa aspek yang membantu melancarkan lagi program ini. Ini bermula daripada pemadanan secara rasmi diantara Mentor dan Mentee beserta aku janji yang ditandatangani oleh para peserta semasa perlantikan dilaksanakan. Program Pementoran diadakan khas untuk tujuan membina kepercayaan dan hubungan teras dan pemahaman prosedur telah dijalankan dengan lebih mendalam di dalam program ini. Berbeza dengan tahun-tahun sebelum ini, Kementerian Kerja Raya juga telah mengambil inisiatif dengan menyediakan pelaporan melalui atas talian dengan menggunakan pautan google form bagi tujuan pelaporan kemajuan mentee serta penilaian peserta bagi memudahkan para mentor dan mentee menghantarkan pelaporan kepada urusetia Program Pementoran KKR. Laporan berkala setiap dua bulan dihantarkan secara konsisten mengikut jadual. Berdasarkan laporan yang diterima pula, didapati mentor-mentor telah memberikan komen yang positif mengenai perkembangan mentee masing-masing. Para mentee juga telah menunjukkan peningkatan di dalam kompetensi personal dan
39 kompetensi sosial melalui program pementoran yang dilaksanakan samada berhubung dengan mentor melalui kaedah atas talian sepanjang program berlangsung atau secara bersemuka. Ini menjadikan pementoran sebagai satu medium pengajaran melalui teladan yang membantu pegawai-pegawai baru mengikut teladan yang baik dan efektif. Melalui pemantauan yang dijalankan, para mentor dan mentee menunjukkan budaya kerja positif dan murni di dalam pelaksanaan program ini. Nilai tolongmenolong dan perkongsian ilmu pengetahuan yang dijalankan memberi impak di dalam kerja harian. Mereka juga aktif bertanya kepada pihak penyelaras program tentang isu-isu atau persoalan yang perlu diselesaikan bagi menjayakan program ini samada hadir secara fizikal atau berhubung di atas talian. Program Pementoran ini juga dilihat sebagai platform kepada satu usaha menjadikan perkhidmatan awam sebagai satu pusat pembelajaran berterusan dan perkongsian pengalaman antara kakitangan yang berkhidmat bagi membina persekitaran organisasi yang sejahtera. Secara keseluruhannya, program Pementoran Kementerian Kerja Raya tahun 2022 ini dapat membantu menaikkan tahap kecekapan di dalam mengendalikan aspek pekerjaan, perhubungan antara rakan sekerja, perhubungan antara ketua dan pekerja serta khidmat layanan kepada pelanggan luar dan dalaman. Program ini perlu diteruskan di dalam perkhidmatan awam agar budaya kerja kelas pertama dapat direalisasikan di kalangan anggota perkhidmatan awam.
40 9.KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT
41 LAPORAN PROGRAM PEMENTORAN KESELURUHAN KEMENTERIAN/ JABATAN/ SUK: KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT TAHUN 2022 1. Tarikh Mula : Tarikh Tamat : 2. Peserta Mentor Menti Bilangan Peserta : 11 orang Bilangan Peserta: 11 orang 3. Skop Pementoran : i. Pegawai Lantikan Baru ii. Kenaikan Pangkat iii. Bertukar Masuk 4. Gambar Program Pementoran 19 Mei 2022 21 Oktober 2022 / / PROGRAM TRAINING OF TRAINERS: PROGRAM PEMENTORAN KPWKM 2022 TARIKH: 19 MEI 2022 TEMPAT: RUANG MAKAN ARAS 21
42 MAJLIS PENYAMPAIAN SURAT PELANTIKAN MENTOR DAN MENTI SEMPENA PERSIDANGAN PEGAWAI PSIKOLOGI, PENOLONG PEGAWAI PSIKOLOGI DAN AKRAB KPWKM TAHUN 2022 TARIKH: 30 JUN 2022 TEMPAT: DEWAN PERDANA NUR, ARAS B1 SESI PEGAWAI PSIKOLOGI BERSAMA MENTOR DAN MENTI BIL 1/2022 TARIKH: 5 OGOS 2022 TEMPAT: PUSAT KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI, ARAS 19 SESI PEGAWAI PSIKOLOGI BERSAMA MENTOR DAN MENTI BIL 2/2022 TARIKH: 23 SEPTEMBER 2022 TEMPAT: PUSAT KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI, ARAS 19
43 5. Ulasan Keseluruhan Penyelaras Kementerian/ Jabatan/ SUK: Program Pementoran Peringkat Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) sesi 2022 telah dilaksanakan bermula pada 19 Mei 2022 sehingga 21 Oktober 2022. Program Pementoran ini melibatkan seramai 11 orang mentor yang dipilih berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan dan 11 orang menti yang terdiri daripada penjawat awam baharu yang baru melaporkan diri dan bertukar masuk ke Kementerian ini. Sesi latihan (Training of Trainers) bersama mentor telah diadakan pada 19 Mei 2022 sebagai persediaan sebelum proses pementoran sebenar bermula. Pada sebelah petang para mentor dipertemukan buat pertama kali bersama-sama menti masing-masing bagi sesi suai kenal. Sempena dengan Persidangan Pegawai Psikologi, Penolong Pegawai Psikologi dan AKRAB KPWKM Tahun 2022 pada 30 Jun 2022 yang lalu, satu majlis penyampaian surat pelantikan kepada mentor dan menti telah diadakan dan disempurnakan oleh YBhg. Dr. Hishamuddin bin Mohd Hashim, Timbalan Ketua Setiausaha Operasi, KPWKM. Sepanjang tempoh pementoran berlangsung, pelbagai aktiviti telah diadakan yang melibatkan penyelaras program (Pegawai Psikologi) bersama-sama mentor dan menti, Antara aktiviti yang diadakan adalah pertemuan berkala bersama mentor dan menti, Aktiviti sempena menyambut Bulan Kemerdekaan, sesi perkongsisan pengalaman dan sebagainya. Selaras dengan teknologi terkini, aplikasi WhatsApp menjadi media komunikasi utama di antara penyelaras dan para peserta Program Pementoran bagi tujuan kemas kini maklumat, hebahan dan juga menjadi wahana untuk soal jawab berkaitan pementoranan.
44 Berdasarkan kepada analisis penilaian pra dan pasca Program Pementoran, didapati bahawa berlaku peningkatan terhadap keempat-empat kompetensi yang dimentorkan daripada skala “baik” kepada skala “cemerlang”. Secara keseluruhan, Program Pementoran yang besifat “cost effective” ini sangat sesuai untuk dilaksanakan khususnya dalam membantu proses penyesuaian penjawat awam baharu atau yang bertukar masuk. Komitmen dan kesungguhan daripada para mentor dan menti meripakan faktor penting sebagai pengukur terhadap kejayaan pelaksanaan program ini. Sokongan dan peranan yang dizahirkan oleh pihak Pengurusan Tertinggi Kementerian juga menjadi pemangkin dalam memastikan Program Pementoran ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.
45 10.KEMENTERIAN PERTAHANAN
46 LAPORAN PROGRAM PEMENTORAN KESELURUHAN KEMENTERIAN PERTAHANAN TAHUN 2022 1. Tarikh Mula : Tarikh Tamat : 2. Peserta Mentor Menti Bilangan Peserta : 09 orang Bilangan Peserta :17 orang 3. Skop Pementoran : i. Pegawai Lantikan Baru/ Baru Bertukar ii. Kenaikan Pangkat ii. Bertukar Masuk 4. Gambar Program Pementoran 1 Jun 2022 30 November 2022 / Bengkel Pengukuhan Pementoran Kementerian Pertahanan yang di laksanakan pada 1-3 Jun 2022 bertempat di Hotel Grand Dorsett Subang Dr. Wan Nurayunee Binti Wan Zulkifli sebagai penceramah jemputan
47 Puan Wan Nor Hazlina binti Abd. Ghani, Timbalan Setiausaha Bahagian(Perkhidmatan, BPSM ik i Slot ceramah Bengkel Pengukuhan Pementoran Penyerahan Watikah Perlantikan Mentor Menti Sesi pembacaan ikrar mentor dibacakan oleh wakil mentor Mesyuarat Berkala dan penyerahan Laporan Pementoran Fasa 5 Mesyuarat Berkala dan penyerahan Laporan Pementoran Fasa 5 Puan Wan Nor Hazlina binti Abd. Ghani, Timbalan Setiausaha Bahagian(Perkhidmatan, BPSM menyampaikan ucapan perasmian pelancaran Program Pementoran Slot ceramah Bengkel Pengukuhan Pementoran
48 5. Ulasan Keseluruhan Penyelaras Kementerian/ Jabatan/ SUK: Bengkel Pengukuhan Pementoran pada awalnya telah dilaksanakan pada 1 Jun 2022 sehingga 3 Jun 2022 bertempat di Hotel Dorsett Grand Subang, Selangor. Bengkel tersebut telah dilaksanakan secara bersemuka dengan mengadaptasi norma baru dan melaksanakan SOP yang telah ditetapkan oleh pihak MKN. Penceramah jemputan merupakan Pegawai Psikologi yang telah ditauliahkan daripada JPA untuk menyampaikan slot ceramah Pementoran iaitu Dr. Wan Nurayunee Binti Wan Zulkifli, Pegawai Psikologi dari Jabatan Kebajikan Masyarakat, Putrajaya. Majlis Penyerahan watikah Sijil pelantikan Mentor Menti telah disampaikan oleh Puan Wan Nor Hazlina bin Abd. Ghani, Timbalan Setiausaha Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (Perkhidmatan) pada 03 Jun 2022 kepada semua mentor menti yang terlibat. Berakhirnya Bengkel Pengukuhan Pementoran maka bermula pula tanggungjawab yang perlu dipikul oleh mentor dalam membantu perkembangan diri menti manakala menti perlu mendapatkan tunjuk ajar daripada kepakaran dan pengalaman mentor. Mentor akan menjalankan sesi bimbingan mengikut lima (5) fasa bersama menti selama enam (6) bulan yang akan berakhir pada 30 November 2022. Secara keseluruhannya, program pementoran ini dapat membantu meningkatkan tahap kecekapan di dalam mengendalikan aspek pekerjaan, perhubungan antara ketua dan pegawai di bawah seliaan. Program ini juga memberi peluang kepada menti untuk membangunkan dan memantapkan lagi kompetensi peribadi, sosial, profesional dan budaya. Program ini perlu diteruskan di dalam perkhidmatan awam agar dapat membantu warga kementerian lebih berkompetensi demi memajukan diri dan organisasi.
49 11. KEMENTERIAN DALAM NEGERI
50 LAPORAN PROGRAM PEMENTORAN KEPIMPINAN KESELURUHAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI TAHUN 2022 15.Tarikh Mula : Tarikh Tamat : 16. Peserta Mentor Menti Bilangan Peserta : 11 Bilangan Peserta : 23 17.Skop Pementoran : i. Pegawai Lantikan Baru ii. Kenaikan Pangkat iii. Bertukar Masuk iv. Pegawai gred 48 hingga gred 52 18.Gambar Program Pementoran Kepimpinan 8 Mac 2022 18 Ogos 2022
51 19.Ulasan Keseluruhan Penyelaras Kementerian Dalam Negeri: Pementoran Kepimpinan merupakan satu program yang menyediakan peluang bagi menti untuk memperoleh bimbingan, sokongan atau bantuan secara konstruktif, profesional dan beretika dari mentor. Program ini membolehkan menti membangun dan meningkatkan pembangunan diri mereka dalam apa jua perspektif yang dilihat penting serta relevan dengan keperluan diri dan organisasi. Sehubungan itu, pelaksanaan program pementoran kepimpinan ini akan dilaksanakan secara berterusan bagi meningkatkan kompetensi kepimpinan dalam kalangan pegawai di Kementerian Dalam Negeri.
52 LAPORAN PROGRAM PEMENTORAN KESELURUHAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI TAHUN 2022 1. Tarikh Mula : Tarikh Tamat : 2. Peserta Mentor Menti Bilangan Peserta : 14 Bilangan Peserta : 13 3. Skop Pementoran : i. Pegawai Lantikan Baru ii. Kenaikan Pangkat iii. Bertukar Masuk 4. Gambar Program Pementoran 12 Disember 2021 19 Mei 2022
53 5. Ulasan Keseluruhan Penyelaras Kementerian Dalam Negeri: Program Pementoran merupakan aktiviti di bawah Program Pengupayaan Kendiri seperti yang digariskan dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 18 Tahun 2005: Panduan Aplikasi Psikologi Dalam Pengurusan Sumber Manusia Sektor Awam. Program ini secara umumnya bertujuan memberi bimbingan, sokongan dan bantuan secara profesional oleh mentor bagi pembangunan diri menti manakala secara khususnya program ini meningkatkan kompetensi kepimpinan dalam kalangan pegawai di Kementerian Dalam Negeri.
54 12. POLIS DIRAJA MALAYSIA (PDRM)
55 LAPORAN PROGRAM PEMENTORAN KESELURUHAN JABATAN INTEGRITI DAN PEMATUHAN STANDARD POLIS DIRAJA MALAYSIA BUKIT AMAN TAHUN 2022 1. Tarikh Mula : Tarikh Tamat : Siri Tarikh Tempoh Program 1 9 Mac 2022 1 April – 1 Oktober 2022 2 23 -24 Mac 2022 3 30 – 31 Mac 2022 2. Peserta Mentor Menti Bil. Peserta 30 31 3. Skop Pementoran : i. Pegawai Lantikan Baru ii. Kenaikan Pangkat iii. Bertukar Masuk 11 7 13 1 April 2022 1 Oktober 2022
56 4. Gambar Program Pementoran PERJUMPAAN PENYELARASAN PELAKSANAAN PROGRAM PEMENTORAN SIRI 1/2022 BERSAMA DENGAN URUS SETIA PEMENTORAN PERINGKAT JABATAN BILIK MESYUARAT, TINGKAT 8, PDRM KURSUS PEMENTORAN SIRI 2/2022 DEWAN KULIAH 4, MASJID NEGARA
57 KURSUS PEMENTORAN SIRI 3/2022 SECARA ATAS TALIAN 5. Ulasan Keseluruhan Penyelaras Pada tahun 2022, Cawangan Psikologi dan Kaunseling, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia telah melaksanakan Program Pementoran yang melibatkan jumlah 30 orang Mentor dan 31 orang Menti. Pemilihan mentor adalah berdasarkan kepada pengalaman bertugas dan penempatan menti. Menti yang terpilih adalah berdasarkan skop pementoran. Program Pementoran in melibatkan semua jabatan PDRM Bukit Aman iaitu Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), Jabatan Pengurusan, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Jabatan Logistik dan Teknologi (JLOG), Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) dan Cawangan Khas daripada kumpulan pengurusan profesional dan pelaksana. Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) Siri 1/2022 merupakan perjumpaan penyelarasan program pementoran bersama dengan urus setia pementoran peringkat jabatan untuk memastikan pasangan Mentor dan Menti memenuhi kriteria yang telah ditetapkan. LDP Siri 2/2022 dan LDP Siri 3/2022 merupakan taklimat dan kursus pementoran kepada Mentor dan Menti. Semua pasangan
58 mentor dan menti telah berjaya menjalani proses program pementoran bermula pada 1 April 2022 hingga 1 Oktober 2022. Keperluan dokumen pelaporan telah dikemukakan mengikut jadual yang telah ditetapkan. Keberkesanan program dinilai berdasarkan borang penilaian pementoran iaitu borang pre dan post. Penilaian terhadap pementoran dilakukan bagi menilai empat (4) kompetensi iaitu kompetensi profesional, kompetensi budaya kerja kelas pertama, kompetensi peribadi dan kompetensi sosial. Dapatan kajian impak program pementoran menunjukkan peningkatan positif keberkesanan pelaksanaan program melibatkan kompetensi profesional sebanyak 1%, kompetensi budaya 3% dan kompetensi peribadi 1% dan kompetensi sosial 1%. Ini menunjukan bahawa sepanjang program pementoran dilaksanakan, mentor telah dapat membantu menti dalam meningkatkan kompetensi yang dinilai.
59 13.KEMENTERIAN PENGANGKUTAN MALAYSIA (MOT)
60 LAPORAN PROGRAM PEMENTORAN KESELURUHAN KEMENTERIAN PENGANGKUTAN MALAYSIA (MOT) TAHUN 2022 20.Tarikh Mula : Tarikh Tamat : 21. Peserta Mentor Menti Bilangan Peserta : 40 Bilangan Peserta : 43 22.Skop Pementoran : i. Pegawai Lantikan Baru/ Baru Bertukar ii. Kenaikan Pangkat ii. Bertukar Masuk 23.Gambar Program Pementoran 1. Program Training Of Trainer (TOT) Pementoran Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) telah pada 3 Mac 2022 secara dalam talian dengan menggunakan aplikasi Microsoft Team. Mac 2022 September 2022 /
61 2. Mesyuarat Penyelarasan Program Pementoran Perkhidmatan Awam, Kementerian Pengangkutan Malaysia telah dilaksanakan secara dalam talian dengan menggunakan aplikasi Microsoft Team.
62 3. Bengkel Pemantapan Perhubungan Pementoran - Menti telah berjaya diadakan pada 21 Jun 2022 secara dalam talian menggunakan aplikasi Zoom Meeting.
63 Ulasan Keseluruhan Penyelaras Kementerian/ Jabatan/ SUK : Progam Pementoran Kementerian Pengangkutan Malaysia Tahun 2022 telah dilaksanakan dengan jayanya. Keseluruhannya umumnya, program pementoran ini telah memberi kesan positif kepada perkembangan diri menti dalam setiap sesi bimbingan selama enam bulan serta memberi impak yang positif kepada mentor dan menti serta organisasi. Program pementoran ini juga dapat membantu meningkatkan tahap kompetensi peserta dalam aspek yang diberi fokus utama iaitu interpersonal, sosial, budaya dan profesional.
64 14. KEMENTERIAN PELANCONGAN, SENI DAN BUDAYA
65 LAPORAN PROGRAM PEMENTORAN KESELURUHAN KEMENTERIAN PELANCONGAN, SENI DAN BUDAYA TAHUN 2022 1.1 Tarikh Mula : Tarikh Tamat : 1.2 Peserta Mentor Menti 9 Orang 9 Orang 1.3 Skop Pementoran : i. Pegawai Lantikan Baru ii. Kenaikan Pangkat iii. Bertukar Masuk iv. Kepimpinan 1.4 Fokus Pementoran : (i) Pemindahan tacit knowledge daripada mentor kepada menti; (ii) Memberi sokongan kepada perkembangan kerjaya menti; (iii) Pembentukan karektor menti melalui perkongsian pengalaman; dan (iv) Pembangunan dan pemantapan kompetensi profesional, budaya, peribadi dan sosial menti. September 2022 Februari 2023 / /
66 PROGRAM PEMENTORAN KEMENTERIAN PELANCONGAN, SENI & BUDAYA
67
68 1.5 Ulasan Keseluruhan Penyelaras Kementerian/ Jabatan/ SUK : Program Pementoran di Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya telah dilaksanakan melibatkan seramai 9 orang mentor dan 9 orang menti. Program Pementoran ini masih lagi berlangsung dan akan berakhir pada Februari 2023. Pegawai-pegawai yang terlibat dalam Program Pementoran kali ini terdiri daripada pelbagai skim perkhidmatan dan bidang tugas. Pemilihan peserta adalah terdiri daripada pegawai lantikan baru dan bertukar masuk ke kementerian. Bagi memastikan program ini dapat dijalankan dengan lebih efektif, mentor dan menti yang dilantik telah menghadiri Program Training Of Trainers (TOT) Pementoran pada 13 dan 14 September 2022 di Dewan Sanggar Pujangga, MOTAC. Pada masa ini proses pementoran sedang berlangsung. Mentor menti menunjukkan kerjasama yang baik dalam menjayakan proggram ini. Secara keseluruhannya, Program Pementoran ini dapat membantu menaikkan tahap kecekapan dalam mengendalikan aspek pekerjaan, perhubungan antara ketua dan pekerja serta khidmat layanan kepada pelanggan luar dan dalaman. Program ini perlu diteruskan dalam Perkhidmatan Awam agar budaya kerja kelas pertama dapat direalisasikan oleh anggota Perkhidmatan Awam.
69 15. KEMENTERIAN ALAM SEKITAR DAN AIR
70 LAPORAN PROGRAM PEMENTORAN KESELURUHAN KEMENTERIAN ALAM SEKITAR DAN AIR TAHUN 2022 1. Tarikh Mula : Tarikh Tamat : 2. Peserta Mentor Menti Bilangan Peserta : 17 Bilangan Peserta : 17 3. Skop Pementoran : i. Pegawai Lantikan Baru ii. Kenaikan Pangkat iii. Bertukar Masuk 4. Program Training Of Trainer (TOT) Pementoran KASA 11 MAC 2022 06 OKTOBER 2022 / /
71 5. Mesyuarat Peyelarasan Pementoran KASA
72 6. Ulasan Keseluruhan Penyelaras Kementerian Program Pementoran bagi Kementerian Alam Sekitar dan Air diadakan pada tahun 2022 ini merupakan kali ke-2. Program ini dimulakan dengan mengadakan Program Training of Trainer (TOT) Pementoran yang dijalankan pada 9 hingga 10 Mac 2022. Seramai 38 orang pasangan mentor dan menti terlibat pada peringkat awal tetapi terdapat kekangan seperti berlaku pertukaran dan sebagainya menyebabkan hanya 34 orang pasangan mentor dan menti yang berjaya menamatkan program pementoran ini dalam tempoh 6 bulan. Peserta – peserta yang terlibat merupakan pegawai lantikan baru dan baru bertukar masuk ke KASA. Sepanjang tempoh 6 bulan program pementoran dilaksanakan, tiga (3) kali mesyuarat penyelarasan diadakan. Mesyuarat penyelarasan program pementoran ini diadakan secara fizikal. Mesyuarat ini penting diadakan agar penyelaras di peringkat kementerian mengetahui kekangan-kekangan yang dihadapi oleh setiap pasangan dan juga dapat mengetahui perkembangan perhubungan pementoran yang telah dijalankan oleh pasangan mentor dan menti. Semua pasangan mentor dan menti memberi komitmen yang tinggi dan menyertai setiap mesyuarat yang dijalankan. Berdasarkan laporan yang dikemukakan oleh setiap pasangan mentor dan menti, ianya menunjukkan perkembangan yang positif yang mana semua menti telah menunjukkan peningkatan di semua kompetensi yang di ukur. Sebagai contoh dari segi Kompetensi Personel menunjukkan semua menti berada dalam skala cemerlang. Ini menunjukkan menti mendapat kecekapan dan peningkatan kemahiran dalam melaksanakan prosedur penyampaian perkhidmatan hasil daripada perhubungan pementoran yang telah dijalankan bersama mentor masing-masing. Secara keseluruhannya, program pementoran ini memberi impak kepada menti melalui pendedahan ilmu, pengalaman dan kemahiran bagi kompetensi
73 professional, budaya, peribadi dan sosial daripada mentor masing-masing. Program ini juga memberi peluang kepada menti untuk menjadi penjawat awam yang mampu menyumbang secara efektif kepada kecemerlangan diri dan juga organisasi memandangkan kebanyakan menti merupakan lantikan baru dalam perkhidmatan awam.
74 16.KEMENTERIAN TENAGA DAN SUMBER ASLI
75 LAPORAN PROGRAM PEMENTORAN KESELURUHAN KEMENTERIAN TENAGA DAN SUMBER ASLI TAHUN 2022 1. Tarikh Mula : Tarikh Tamat : 2. Peserta Mentor Menti Bilangan Peserta : 10 Bilangan Peserta : 10 3. Skop Pementoran : i. Pegawai Lantikan Baru ii. Kenaikan Pangkat iii. Bertukar Masuk 4. Gambar Program Pementoran Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Mentor dan Menti Oleh TKSU YBrs. Encik Abdul Wahid bin Abu Salim 21 Februari 2022 30 Ogos 2022 / /
76 Kursus Latihan dan Perlaksanaan Pementoran telah disempurnakan oleh En Mohd Faisal Bin Idris Pegawai Psikologi Kementerian Dalam Negeri
77 5. Ulasan Keseluruhan Penyelaras Kementerian/ Jabatan/ SUK: Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) KeTSA telah mengadakan Majlis Pelantikan Mentor Menti dan Taklimat Pelaksanaan Program Pementoran Kementerian Tenaga dan Sumber Asli Tahun 2022 pada 21 dan 22 Februari 2022 bertempat di Bilik Jamuan VIP, Aras 13, Wisma Sumber Asli. Taklimat dan majlis ini telah dihadiri oleh 20 orang yang telah dilantik sebagai mentor dan menti, berdasarkan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil.8 Tahun 2010: Panduan Pelaksanaan Pementoran dalam Pengurusan Sumber Manusia Sektor Awam. Pada 22 Februari 2022 pula diadakan majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Mentor dan Menti yang telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Sumber Asli) YBrs. Encik Abdul Wahid bin Abu Salim yang telah diadakan di dewan Baiduri, Wisma Sumber Asli. Objektif utama Program Pementoran ini dijalankan adalah sebagai medan perkongsian pengalaman dan proses pembelajaran berterusan kepada kumpulan pegawai yang baharu menyertai Kementerian dan kumpulan pegawai yang baru dinaikkan pangkat. Taklimat pelaksanaan ini telah disampaikan oleh YBrs. En Mohd Faisal Bin Idris, Pegawai Psikologi, Kementerian Dalam Negeri bagi memberi penerangan dan pendedahan berkaitan kaedah pelaksanaan Program Pementoran kepada mentor dan menti yang telah dilantik.
78 Program ini telah mengambil masa lebih kurang 6 bulan dalam proses pementoran yang dijalankan. Semua mentor dan menti yang dilantik memberikan kerjasama yang baik dan berjaya melalui program ini dengan jayanya. Berdasarkan kajian impak yang dijalankan 90.0% mentor dan menti menyatakan telah mendapat faedah daripada program yang dijalankan. Program ini mendapat maklum balas yang baik daripada peserta dan juga Ketua Jabatan yang menyatakan program ini sangat baik harus diperlukan lagi kepada kakitangan yang lain yang bersesuaian supaya ilmu yang ada pada pegawai boleh disampaikan kepada pegawai lain. Selain dari itu, TKSU dalam ucapan perasmian juga menyatakan supaya program ini diperluaskan lagi kepada jabatan/agensi di bawah KeTSA pada masa akan datang.
79 17.KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI MAKANAN
80 LAPORAN PROGRAM PEMENTORAN KESELURUHAN KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI MAKANAN TAHUN 2022 1. Tarikh Mula : Tarikh Tamat : 2. Peserta Mentor Menti Bilangan Peserta : 32 Bilangan Peserta : 34 3. Skop Pementoran : i. Pegawai Lantikan Baru/ Baru Bertukar ii. Kenaikan Pangkat ii. Bertukar Masuk 4. Gambar Program Pementoran 06 April 2022 26 Oktober 2022 / / Peserta Program Pementoran Peringkat MAFI tahun 2022
81 MESYUARAT PENYELARASAN PEMENTORAN PROGRAM TOT PEMENTORAN KURSUS PEMANTAPAN PEMENTORAN
82 5. Ulasan Keseluruhan Penyelaras Kementerian: Program Pementoran Dalam Perkhidmatan Awam telah diperkenalkan pada tahun 2007/2008 selaras dengan Pekeliling Perkhimatan Awam Bilangan 18 Tahun 2005 iaitu Panduan Aplikasi Psikologi Dalam Pengurusan Sumber Manusia Sektor Awam. Seterusnya, Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 8 Tahun 2010 dikeluarkan bagi menjelaskan secara terperinci pelaksanaan pementoran dalam pengurusan sumber manusia sektor awam. Pelaksanaan program pementoran di Kementerian Pertanian dan Industri Makanan bertujuan untuk : i. Pegawai yang memerlukan bimbingan dalam peningkatan prestasi kerjaya dan psikososial; ii. Membimbing Meningkatkan kemahiran dan kecekapan dalam aspek personel, sosial, budaya dan profesional; iii. Membina keperibadian tinggi dalam kalangan warga organisasi; iv. Membudayakan budaya kerja kelas pertama dan berprestasi tinggi dalam organisasi; Program Pementoran Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) dijalankan selama 6 bulan berdasarkan carta perbatuan seperti di Lampiran A. Program Pementoran bagi tahun 2022 ini telah bermula pada 6 April 2022 dan berakhir pada 26 Oktober 2022 melibatkan 66 orang peserta, 32 mentor dan 34 menti. Penglibatan peserta adalah di kalangan pegawai lantikan baru dan kenaikan pangkat (senarai nama seperti di Lampiran B) di bawah Ibu Pejabat MAFI, Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS), Jabatan Perikanan Malaysia (DOF), Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS), Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM), Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Kerian, Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Pulau Pinang, Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Ketara,, Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) dan Kolej Pertanian Malaysia, Kedah. Bagi tahun 2022, Program Pementoran MAFI dijalankan secara dalam talian dan juga secara bersemuka susulan pembukaan aktiviti dan program pasca pandemik. Mesyuarat Penyelarasan Pementoran dan taklimat pementoran melalui Training of
www.jpa.gov.myRkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy