KERAJAAN SERI PADUKA
BAGINDA
MALAYSIA
PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 7 TAHUN 2000
PINDAAN KADAR IMBUHAN TETAP PERUMAHAN
TUJUAN
1. Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan melaksanakan keputusan Kerajaan untuk meminda kadar Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) bagi anggota perkhidmatan awam Persekutuan.
LATAR BELAKANG
2. Kerajaan telah memutuskan untuk menaikkan kadar Imbuhan Tetap Perumahan bagi anggota perkhidmatan awam Persekutuan yang menerima Imbuhan Tetap Perumahan pada kadar RM110.00 dan RM90.00 sebulan. Kenaikan ini adalah bertujuan untuk membantu meringankan kos sara hidup anggota yang terlibat.
PELAKSANAAN
Anggota Yang Layak
3. Anggota di bawah Sistem Saraan Baru dan Jawatankuasa Kabinet 1976 (JKK) adalah layak menerima kadar baru Imbuhan Tetap Perumahan.
Anggota Yang Tidak Layak
4. Anggota yang tidak layak kadar baru Imbuhan Tetap Perumahan adalah seperti berikut :
4.1 | anggota dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan setaraf; | |
4.2 | anggota dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional Gred 1 dan 2; dan | |
4.3 | anggota dalam perkhidmatan Bomba, Penjara, Polis DiRaja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia. |
Kadar Baru
5. Kadar baru Imbuhan Tetap Perumahan adalah seperti berikut:
5.1 |
Kumpulan Pengurusan dan Profesional Gred 3/ |
: RM165.00 |
|
5.2 | Kumpulan Sokongan/ Kumpulan B,C dan D di bawah JKK | : RM135.00 |
TARIKH KUATKUASA
6. Pekeliling Perkhidmatan ini berkuatkuasa mulai 1 Januari 2000.
PEMAKAIAN
7. Tertakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa masing-masing, Pekeliling Perkhidmatan ini pada keseluruhannya dipanjangkan kepada semua Perkhidmatan Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan.
PEMBATALAN
8. Dengan berkuatkuasanya Pekeliling Perkhidmatan ini maka –
8.1 | Kadar Imbuhan Tetap Perumahan sebanyak RM110 dan RM90 di Lampiran B, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 1996; dan | |
8.2 |
Perenggan 7, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 10 Tahun 1996 adalah dibatalkan. |
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
Ketua Pengarah
Perkhidmatan Awam
Malaysia.
JABATAN PERKHIDMATAN
AWAM
MALAYSIA
KUALA LUMPUR
15 Mei 2000
Semua Ketua Setiausaha
Kementerian
Semua Ketua Jabatan Persekutuan
Semua Y. B. Setiausaha Kerajaan Negeri
Semua Pihak Berkuasa Berkanun
Semua Pihak Berkuasa Tempatan