Pengiktirafan Pegawai Perkhidmatan Awam
72 (b) Bagi maksud Ceraian ini, “kesilapan fakta” ertinya kesilapan maklumat yang berhubungan dengan perkhidmatan seseorang pegawai, yang pada hakikatnya pegawai itu tidak memenuhi syarat yang ditetapkan semasa pertimbangan BIPs oleh PPSM. TANGGUNGJAWAB KETUA JABATAN DAN PANEL PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA 12. Bagi melaksanakan BIPs, tanggungjawab Ketua Jabatan dan PPSM adalah seperti yang berikut: (i) Ketua Jabatan hendaklah — (a) memastikan hanya pegawai yang layak sahaja mengemukakan permohonan; dan (b) membuat perakuan ke atas permohonan pegawai. (ii) PPSM hendaklah — (a) mempertimbangkan dan meluluskan BIPs berdasarkan syarat-syarat yang ditetapkan; dan (b) mengemukakan keputusan kepada Ketua Jabatan. 13. Semua keputusan BIPs hendaklah direkodkan dalam Buku Perkhidmatan Kerajaan (BPK) pegawai dan sistem maklumat pengurusan sumber manusia seperti yang berikut: Telah dipertimbangkan BIPs oleh Panel Pembangunan Sumber Manusia …………………… Bilangan …………. Tahun……. pada…………… Bayaran mulai Januari hingga Disember Tahun ……… Keputusan : DILULUSKAN / TIDAK DILULUSKAN 14. Keputusan BIPs sama ada pegawai lulus, tidak lulus, dihentikan atau ditarik balik hendaklah dimaklumkan kepada pegawai yang berkenaan. Contoh format surat keputusan BIPs adalah seperti di Lampiran UP.5.1.3(G) hingga Lampiran UP.5.1.3(J) .
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy