Kemudahan Cuti

49  SR.5.2.5 4. Ketua Jabatan boleh mempertimbangkan pemberian cuti tanpa rekod ini tertakluk kepada syarat-syarat berikut: (i) pegawai telah disahkan dalam perkhidmatan; (ii) pegawai telah terlebih dahulu mendapat kebenaran bertulis daripada Ketua Jabatan untuk mengikuti kursus secara sambilan; (iii) kursus yang diikuti adalah di peringkat Diploma, Ijazah Pertama, Diploma Lanjutan, Sarjana dan Kedoktoran (Ph.D); (iv) kursus yang diikuti adalah kursus yang telah diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia; (v) pegawai layak diberi kemudahan cuti tanpa rekod untuk mengikuti kursus sambilan maksimum dua (2) kali pengajian sepanjang tempoh perkhidmatan; (vi) bilangan cuti tanpa rekod yang diambil dan diluluskan perlu direkod di ruang Maklumat Perkhidmatan dan Maklumat Cuti di dalam Rekod Perkhidmatan Pegawai; (vii) kemudahan yang diberikan ini bukan satu hak mutlak pegawai dan ianya tertakluk kepada kelulusan Ketua Jabatan; dan (viii) kemudahan cuti tanpa rekod ini tidak boleh dibawa ke tahun hadapan, sekiranya pegawai tidak menggunakan kemudahan ini pada tahun semasa. 5. Kursus intensif adalah meliputi modul-modul yang mewajibkan pegawai mengikutinya secara sepenuh masa seperti berikut: (i) kuliah; (ii) tutorial; (iii) seminar/bengkel/kolokium; dan (iv) latihan amal/latihan industri yang kurang daripada 30 hari.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy