Kemudahan Cuti

 55 “kursus jangka panjang” ertinya kursus sepenuh masa yang tempohnya berturutan melebihi 12 bulan kalendar termasuk hari kelepasan mingguan, hari kelepasan am dan cuti akademik; “kursus jangka sederhana” ertinya kursus sepenuh masa yang tempohnya berturutan melebihi tiga bulan tetapi tidak melebihi 12 bulan kalendar termasuk hari kelepasan mingguan, hari kelepasan am dan cuti akademik; “pegawai” ertinya pegawai yang sedang berkhidmat yang dilantik secara tetap dalam perkhidmatan awam Persekutuan atau mana-mana pegawai lain yang menerima biasiswa daripada Kerajaan Persekutuan; “penalti” ertinya tindakan yang dikenakan ke atas pegawai yang menerima kemudahan cuti belajar dengan biasiswa akibat daripada pelanggaran apa-apa syarat cuti belajar dalam surat tawaran dan/atau perjanjian; “Pihak Berkuasa Melulus” ertinya Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam atau mana-mana pegawai yang diturunkan kuasa oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam untuk menjalankan tugas meluluskan permohonan cuti belajar dan biasiswa. “tajaan lain” ertinya kemudahan yang diberikan oleh mana-mana pihak selain Kerajaan Persekutuan termasuklah tajaan oleh badan asing yang dibenarkan oleh Pihak Berkuasa Melulus atau pembiayaan sendiri, bagi menampung kos pengajian atau membiayai yuran pengajian, elaun dan kemudahan-kemudahan lain semasa pegawai berada dalam tempoh cuti belajar; “tamat kursus” ertinya pegawai yang melengkapkan pengajian dengan jaya dan mengemukakan bukti tamat kursus dalam tempoh yang ditetapkan dalam Lampiran SR.5.1.8(B); “tempoh cuti belajar” ertinya suatu tempoh yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Melulus yang meliputi— (i) tempoh kursus yang diikuti termasuk hari kelepasan mingguan, hari kelepasan am dan cuti akademik yang jatuh dalam tempoh kursus itu; (ii) tempoh perjalanan ke tempat kursus dan perjalanan balik selepas kursus mengikut jalan yang paling dekat; dan

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy