Kemudahan Cuti

35  SR.5.2.1 ‘anak pelihara’ bermaksud seseorang kanak-kanak yang diberi pemeliharaan, jagaan dan kawalan kepada ibu bapa peliharaan di bawah perenggan 30(1)(e) Akta Kanak-kanak 2001 [Akta 611]. ‘bapa angkat’ bermaksud bapa kepada anak angkat seperti diperuntukkan di bawah Akta 257. ‘bapa mentua’ bermaksud bapa kepada isteri atau suami yang sah. ‘ibu angkat’ bermaksud ibu kepada anak angkat seperti yang diperuntukkan di bawah Akta 257. ‘ibu mentua’ bermaksud ibu kepada isteri atau suami yang sah. ‘adik-beradik’ bermaksud beberapa orang yang mempunyai hubungan kekeluargaan kerana seayah dan seibu, atau seayah atau seibu. ‘nenek’ bermaksud ibu kandung kepada ibu kandung atau bapa kandung pegawai. ‘datuk’ bermaksud bapa kandung kepada ibu kandung atau bapa kandung pegawai. ‘Ketua Jabatan’ bermaksud seseorang pegawai yang bertanggungjawab bagi sesuatu kementerian, jabatan, institusi atau agensi dan termasuklah mana-mana pegawai yang diberi kuasa untuk meluluskan Cuti Rehat bagi kementerian, jabatan, institusi atau agensi. ‘perkhidmatan Kerajaan’ bermaksud Perkhidmatan Awam Persekutuan, Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun (Persekutuan dan Negeri) dan Pihak Berkuasa Tempatan. 4. Kemudahan Cuti Tanpa Rekod bagi urusan kematian ahli keluarga terdekat hendaklah dilaksanakan seperti yang berikut: (i) kemudahan ini diberikan selama tiga (3) hari berturut-turut sebagai Cuti Tanpa Rekod kepada pegawai Perkhidmatan Awam untuk membuat apa-apa urusan pengebumian jenazah ahli keluarga terdekat itu dan untuk membantu waris-waris jenazah tersebut untuk urusan-urusan lain yang berkaitan; (ii) bagi maksud kemudahan yang diperuntukkan untuk urusan kematian ibu mentua atau bapa mentua, kemudahan ini adalah terhad bagi seorang ibu mentua dan seorang bapa mentua sahaja sepanjang tempoh perkhidmatan Kerajaan;

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy