Kemudahan Cuti

1-1  LAMPIRAN SR.5.1.5 SIMULASI KELAYAKAN CUTI PEGAWAI GENAP 10 TAHUN TEMPOH PERKHIDMATAN YANG MELAYAKKAN Contoh 1: Encik Rizal merupakan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang dilantik pada 12 Mei 2001. Beliau telah diarahkan mengajar di Sekolah C dan menikmati kemudahan cuti penggal sekolah. Mulai 1 September 2022, kadar kelayakan Cuti Rehat Khas (CRK) pegawai adalah sebanyak 15 hari setahun mengambil kira pegawai telah mempunyai perkhidmatan yang melayakkan melebihi 10 tahun iaitu 21 tahun 7 bulan yang dikira mulai tarikh lantikan pegawai (12 Mei 2001). Oleh yang demikian, pegawai akan dapat menikmati pertambahan CRK sebanyak 5 hari lagi mulai tempoh perkhidmatan yang melayakkan mulai 1 September 2022 hingga 31 Disember 2022. CRK pegawai bagi tahun berikutnya ialah 15 hari setahun. Contoh 2: Puan Kamala merupakan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang dilantik pada 1 Januari 2013. Beliau telah diarahkan mengajar di Sekolah D dan menikmati kemudahan cuti penggal sekolah. Beliau telah diluluskan 180 hari Cuti Sakit pada tahun 2022. Kadar kelayakan Cuti Rehat Khas pegawai akan meningkat dari 10 hari kepada 15 hari setahun mulai 1 Januari 2023 mengambil kira pegawai akan mempunyai genap 10 tahun perkhidmatan yang melayakkan mulai tarikh lantikan pegawai (1 Januari 2013). Cuti Sakit pegawai sebanyak 180 adalah termasuk sebagai tempoh perkhidmatan yang melayakkan. Contoh 3: Puan Suraya adalah seorang Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang dilantik pada 2 Januari 2009. Beliau telah diarahkan mengajar di Sekolah A dan menikmati kemudahan cuti penggal sekolah. Beliau telah diluluskan Cuti Menjaga Anak yang bersambung daripada Cuti Bersalin bagi tempoh empat (4) tahun (1,461 hari) mulai 1 Februari 2019 hingga 31.1.2023. Kadar kelayakan Cuti Rehat Khas pegawai akan bertambah dari 10 hari kepada 15 hari setahun mulai 1 September 2022 mengambil kira pegawai telah mencapai genap 10 tahun perkhidmatan yang melayakkan iaitu dikira mulai tarikh lantikan (2 Januari 2009) pada 1 Januari 2019. Contoh 4: Puan Dayana merupakan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang dilantik pada 1 Mac 2012. Beliau telah diarahkan mengajar di Sekolah B dan menikmati kemudahan cuti penggal sekolah. Beliau telah mengambil Cuti Tanpa Gaji Mengikut pasangan mulai 1 Januari 2019 hingga 31 Januari 2021. Kadar kelayakan Cuti Rehat Khas pegawai pada 1 September 2022 adalah kekal sebanyak 10 hari mengambil kira pegawai belum mencapai genap 10 tahun perkhidmatan yang melayakkan iaitu dikira mulai tarikh lantikan pegawai (1 Mac 2012) dan tempoh pegawai Cuti Tanpa Gaji Mengikut pasangan tidak dikira sebagai tempoh perkhidmatan yang melayakkan.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy