Kemudahan Cuti

28  SR.5.1.5 iv. baki cuti yang tidak dapat digunakan boleh dikumpul bagi tujuan Pemberian Wang Tunai Gantian Cuti Rehat (GCR) mengikut ketetapan pekeliling GCR yang berkuat kuasa dari semasa ke semasa. 14. Contoh simulasi kelayakan cuti bagi pegawai dalam keadaan di perenggan 13 adalah seperti di Lampiran SR.5.1.5. Kuasa Melulus 15. Kuasa untuk meluluskan permohonan Cuti Rehat Khas ialah: i. Pengetua/Guru Besar bagi pegawai yang mengajar di sekolah; ii. Ketua Institusi Pendidikan di mana pegawai tersebut bertugas; atau iii. pegawai yang diberi kuasa semasa ketiadaan pegawai di perenggan 15(i) dan 15(ii). 16. Pihak yang meluluskan Cuti Rehat Khas hendaklah memastikan keberkesanan pengurusan pengajaran dan pembelajaran di sekolah dan institusi pendidikan tidak terjejas. Pemberian Wang Tunai Gantian Cuti Rehat (GCR) 17. Pengumpulan Cuti Rehat Khas bagi tujuan GCR atas sebab persaraan dilaksanakan seperti berikut: i. Cuti Rehat Khas yang tidak dapat dihabiskan boleh dikumpul bagi tujuan GCR pada setiap tahun; ii. Cuti Rehat Khas yang dikumpul bagi tujuan GCR di bawah Ceraian ini boleh dicantum dengan Cuti Rehat yang dikumpul bagi tujuan GCR mengikut ketetapan pekeliling GCR yang berkuat kuasa dari semasa ke semasa; iii. pengumpulan Cuti Rehat dan Cuti Rehat Khas bagi tujuan GCR hendaklah mendapat pengesahan Ketua Jabatan setiap tahun; dan iv. sepanjang perkhidmatan seseorang pegawai, jumlah keseluruhan Cuti Rehat dan Cuti Rehat Khas yang dibenarkan untuk dikumpul bagi tujuan GCR hendaklah mengikut ketetapan GCR yang berkuat kuasa dari semasa ke semasa.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy