Kemudahan Cuti

16  CERAIAN SR.5.1.4 CUTI TANPA GAJI BAGI PEGAWAI YANG MENGIKUT PASANGAN BERTUGAS ATAU BERKURSUS DI DALAM ATAU DI LUAR NEGARA TUJUAN 1. Ceraian ini bertujuan untuk memaklumkan keputusan Kerajaan mengenai kemudahan Cuti Tanpa Gaji (CTG) kepada pegawai yang mengikut pasangan yang bertugas atau berkursus sama ada di dalam atau luar negara. LATAR BELAKANG 2. Dasar dan peraturan berkaitan kemudahan CTG kepada pegawai yang mengikut pasangan mereka bertugas atau berkursus, sama ada di dalam atau di luar negara dijelaskan melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2016: Dasar Baharu Cuti Tanpa Gaji Bagi Pegawai Yang Mengikut Pasangan Bertugas Atau Berkursus Di Dalam Atau Di Luar Negara (PP 5/2016). TAFSIRAN Dalam Ceraian ini: "Agensi Awam" bermaksud kementerian atau jabatan kerajaan di bawah Perkhidmatan Awam Persekutuan, Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun (Persekutuan dan Negeri) dan Pihak Berkuasa Tempatan; “Agensi Swasta" bermaksud agensi selain daripada agensi awam termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang didaftarkan di Malaysia; “Agensi Antarabangsa” bermaksud pertubuhan, organisasi atau syarikat yang ditubuhkan dan didaftarkan di luar negara. Ini termasuklah kerajaan negara asing; “Bertugas” bermaksud berkhidmat atau menyandang sesuatu jawatan bagi tempoh melebihi tiga (3) bulan; “Berkursus” bermaksud menjalani kursus atau latihan yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Melulus kepada pasangan pegawai yang tempohnya melebihi tiga (3) bulan;

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy