Dikemaskini Pada Mei 2024 | vi. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016: Rasionalisasi Skim Perkhidmatan Bagi Perkhidmatan Awam Persekutuan Di Bawah Sistem Saraan Malaysia; vii. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 12 Tahun 2016: Pindaan Skim Perkhidmatan Pegawai Perubatan Dan Skim Perkhidmatan Pegawai Pergigian; viii. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 13 Tahun 2016: Pindaan Skim Perkhidmatan Pensyarah Perubatan Dan Pensyarah Pergigian; dan ix. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2018: Pindaan Skim Perkhidmatan Akauntan Dan Pembantu Pegawai Latihan Vokasional/Penolong Pegawai Latihan Vokasional/ Pegawai Latihan Vokasional. 11. Adakah maklumat Pekeliling Perkhidmatan/Surat Pekeliling Perkhidmatan/Surat Edaran yang berstatus ‘Terhad’ boleh diakses di portal MyPPSM? Portal MyPPSM tidak memaparkan maklumat Pekeliling Perkhidmatan/Surat Pekeliling Perkhidmatan/Surat Edaran yang berstatus ‘Terhad’. Pengguna adalah dinasihatkan untuk menghubungi Pengurus Sumber Manusia di kementerian/jabatan masing-masing untuk mendapatkan maklumat tersebut. Semua Pengurus Sumber Manusia juga dinasihatkan untuk sentiasa mengemaskini maklumat pekeliling dengan Jabatan Perkhidmatan Awam dari semasa ke semasa. 12. Bilakah tarikh kuatkuasa setiap Ceraian? i. Umumnya, semua Ceraian mengikut format baharu MyPPSM berkuatkuasa mulai 1 Januari 2022 sebagaimana kandungan Surat Edaran JPA.(S).600-1/3/28(1) bertarikh 8 Oktober 2021; ii. Tarikh kuat kuasa pekeliling dinyatakan dalam dokumen Pekeliling Induk;
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy