Dikemaskini Pada Mei 2024 | 10. Adakah semua Pekeliling/Surat Pekeliling/Surat Edaran akan ditukar kepada bentuk Ceraian? Ya, semua Pekeliling, Surat Pekeliling dan Surat Edaran yang dikenalpasti mempunyai unsur peraturan akan ditukarkan kepada bentuk Ceraian. Namun pada ketika ini, ia hanya melibatkan PP, SPP dan SE yang tidak berkaitan unsur kewangan. Manakala semakan PP, SPP dan SE yang berkaitan unsur kewangan akan dilaksanakan semasa pembangunan MyPPSM fasa ke-2. Di samping itu, terdapat beberapa pekeliling yang dikecualikan dalam fasa pertama pembangunan MyPPSM kerana sifat dan struktur kandungan pekeliling berkenaan yang kompleks, atau menjadi pusat punca kuasa kepada banyak pekeliling lain, atau menjadi punca kuasa kepada sesuatu skim perkhidmatan. Pekeliling-pekeliling berkenaan adalah seperti berikut: i. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 9 Tahun 1991: Pelaksanaan Sistem Saraan Baru Berdasarkan Laporan Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Gaji Sektor Awam 1991; ii. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 10 Tahun 1991: Pelaksanaan Sistem Saraan Baru Berdasarkan Laporan Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Gaji Sektor Awam 1991 Bagi Pasukan Polis Di Raja Malaysia; iii. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2002: Pelaksanaan Sistem Saraan Malaysia Bagi Anggota Perkhidmatan Awam Persekutuan; iv. Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2009: Pemantapan Pengurusan Sistem Penilaian Prestasi Pegawai Perkhidmatan Awam; v. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 Tahun 2015: Pelaksanaan Dasar Pemisah (Exit Policy) Bagi Pegawai Yang Berprestasi Rendah Dalam Perkhidmatan Awam;
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy