Soalan Lazim MyPPSM

Dikemaskini Pada Mei 2024 | 7. Apakah maksud Ceraian? Di bawah setiap Pekeliling Induk terdapat tema-tema tertentu untuk menempatkan setiap PP, SPP dan SE. Dalam portal MyPPSM setiap satu peraturan (yang dahulunya dikenali sebagai PP, SPP atau SE) akan dikenali sebagai Ceraian. Setiap Ceraian ini diberi kod tertentu berdasarkan Kluster dan Pekeliling Induk di mana sesuatu Ceraian itu ditempatkan. Penjelasan mengenai perubahan format adalah seperti di rajah 1. Rajah 1 Contoh Proses Perubahan Format daripada MyPPSPP kepada MyPPSM MyPPSPP MyPPSM Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 21 Tahun 2009: Peraturan Permohonan Perbelanjaan Kemudahan Perubatan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2017: Penambahbaikan Peraturan Pelaksanaan dan Penjelasan Berhubungan Rawatan Di Institut Jantung Negara Sdn. Bhd. = Ceraian SR.2.1.1: Permohonan Perbelanjaan Bagi Kemudahan Perubatan Surat Edaran JPA.SARAAN(S)264/15/16-4 Jld.14(18) bertarikh 30 Januari 2015: Pelaksanaan Penambahbaikan Peraturan Permohonan Perbelanjaan Kemudahaan Perubatan Di Bawah Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 21 Tahun 2009 Bagi Pembekalan Alat Bantu Penglihatan Terhad Disenaraikan Sebagai Alat Bantuan Perubatan. 8. Siapakah pengguna MyPPSM? MyPPSM dibangunkan untuk memudahkan pencarian oleh semua penjawat awam, dengan menggunakan pendekatan pencarian melalui kata kunci, tema dan kluster. Sebagai contoh, sekiranya pengguna ingin mencari peraturan berkaitan pakaian seragam, pengguna boleh membuat carian melalui kata kunci “pakaian seragam”. Hasil carian, pengguna akan

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy