Soalan Lazim MyPPSM

Dikemaskini Pada Mei 2024 | 3. Apakah kelebihan portal MyPPSM? Kelebihan Portal MyPPSM adalah seperti berikut: (i) Pekeliling dalam MyPPSM disusun dengan lebih sistematik iaitu mengikut tema di bawah kategori kelompok yang saling berkaitan; (ii) Pencarian kepada mana-mana pekeliling dapat dibuat dengan lebih pantas berdasarkan kata kunci atau topik pekeliling tersebut tanpa perlu mengingati nombor bilangan dan tahun pekeliling itu diterbitkan; (iii) Pengguna juga dapat membuat rujukan maklumat lain seperti Surat edaran, Akta dan Peraturan yang berkaitan urusan Perkhidmatan Sumber Manusia; dan (iv) Lebih mesra pengguna, sistematik dan informatif. 4. Apakah ciri-ciri baharu MyPPSM? Selain memudahkan carian pekeliling, MyPPSM turut memuatkan rujukan penting berkaitan perkhidmatan sumber manusia dalam satu platform yang mudah diakses oleh pengguna iaitu: i. Perlembagaan Persekutuan: Bahagian 10, Perkhidmatanperkhidmatan Awam; ii. Akta, Peraturan dan Perintah Am; iii. Sistem Saraan dan Skim Perkhidmatan; iv. Surat Edaran; v. Pautan luar kepada Pekeliling agensi lain; dan iv. Arkib.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy