Dikemaskini Pada Mei 2024 | Pegawai perlu terlebih dahulu masuk ke dalam Pekeliling Induk berkaitan sebelum carian boleh dibuat. Sebagai contoh, jika pegawai ingin mencari peraturan mengenai ‘pakaian seragam’, maka pegawai perlu masuk dahulu ke Kluster Saraan (SR) dan cari Pekeliling Induk SR.1 Kemudahan Pakaian. Setelah masuk ke Pekeliling Induk berkenaan, pegawai perlu menekan butang carian (search) yang terletak di sebelah kanan atas flipbook dan menaip perkataan ‘pakaian seragam’. Hasil carian akan muncul dalam senarai Search. 18. Bagaimana untuk menggunakan rujukan MyPPSM dalam urusan surat-menyurat atau dokumentasi? Rujukan pekeliling MyPPSM dalam urusan surat-menyurat atau dokumentasi adalah seperti contoh berikut: i. “....keputusan ini dibuat berdasarkan Ceraian SR.1.1.1: Peruntukan Bekalan Pakaian Seragam di bawah Pekeliling Induk Kemudahan Pakaian Seragam.” ii. “Perkara ini dibuat berdasarkan rujukan Ceraian UP.1.5.1: Pengurusan Personel Untuk Agensi Awam Yang Akan Diswastakan di bawah Pekeliling Induk Pelantikan.” iii. “....perkara ini adalah selaras dengan peraturan di para 3, Ceraian UP.7.2.4: Larangan Penglibatan Pegawai Awam Dalam Penyalahgunaan dan Penagihan Dadah.” iv. “Perkara ini dibuat berdasarkan Lampiran SR.1.1.2: Senarai Pegawai Yang Layak Menerima Bantuan Upah Jahit (BUJ) di bawah Ceraian SR.1.1.2: Peruntukan Bekalan Pakaian Seragam.”
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy