Dikemaskini Pada Mei 2024 | maka MyPPSPP akan dimansuhkan sepenuhnya. Selain itu, pada masa ini Sistem Saraan Perkhidmatan Awam juga sedang dalam peringkat penyediaan dan dijangka akan melibatkan banyak Ceraian serta Pekeliling di MyPPSM dan MyPPSPP. 15. Adakah Pekeliling/Surat Pekeliling/Surat Edaran sedia ada tidak terbatal setelah MyPPSM dikuatkuasakan? Setelah MyPPSM dikuatkuasakan, hanya Pekeliling Perkhidmatan, Surat Pekeliling Perkhidmatan dan Surat Edaran yang disenaraikan dalam “Senarai Pekeliling Perkhidmatan, Surat Pekeliling Perkhidmatan Dan Surat Edaran Yang Dibatalkan” di Lampiran I setiap Pekeliling Induk sahaja yang akan terbatal. Namun begitu, apabila pembangunan MyPPSM fasa ke-2 selesai dikemaskini dan dimuatnaik ke portal, maka semua PP/SPP/SE sedia ada akan dibatalkan dan digantikan sepenuhnya dengan bentuk Ceraian. 16. Di manakah PP, SPP dan SE yang telah dibatalkan ditempatkan dalam MyPPSM? PP, SPP dan SE yang dibatalkan masih boleh dirujuk dan boleh didapati di dalam Arkib MyPPSM. 17. Adakah MyPPSM mempunyai kemudahan untuk membuat carian? Ya, MyPPSM turut mempunyai kemudahan membuat carian. Terdapat dua (2) kaedah untuk membuat carian. Kaedah Pertama - Carian di laman utama MyPPSM: Pegawai perlu masuk ke laman utama MyPPSM dan menaip kata kunci (keyword) carian yang sesuai di kotak carian yang terpapar di bahagian kanan atas laman utama. Hasil carian akan muncul dalam senarai Search. Kaedah Kedua - Carian di flipbook MyPPSM:
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy