Tatakelakuan Pengurusan Tatatertib Pegawai Awam

 80 Tempoh memegang sesuatu jawatan dihadkan kepada tidak lebih daripada tiga (3) tahun, tetapi boleh dilanjutkan dengan syarat mendapat kebenaran KSU atau SUK; (ii) Pegawai Kumpulan Pelaksana boleh memegang apa-apa jawatan dalam koperasi asas, koperasi menengah dan koperasi atasan; (iii) Pegawai yang memegang jawatan dalam koperasi dilarang menguruskan kerja-kerja koperasi secara sepenuh masa dan juga dilarang melibatkan diri dalam membuat keputusan mengenai aktiviti koperasi yang boleh menimbulkan percanggahan kepentingan; (iv) Pegawai tidak digalakkan memegang jawatan dalam mana-mana koperasi di luar daripada tempat pegawai bertugas; (v) Kegiatan dalam koperasi hendaklah tidak menganggu tugas rasmi sebagai pegawai awam dan hendaklah dilakukan di luar waktu pejabat. Jika kegiatan koperasi perlu dilakukan dalam waktu pejabat, maka pegawai hendaklah memohon cuti selaras dengan peraturan yang ditetapkan, kecuali cuti khas yang dibenarkan kepada mereka berkaitan kegiatan tersebut, sekiranya ada; (vi) Pegawai tidak dibenarkan menggunakan kedudukannya dalam koperasi bagi menyelesaikan masalah-masalah perkhidmatan demi kepentingan peribadi atau bagi pihak sesuatu kumpulan, pertubuhan, persatuan atau sebagainya; (vii) Pegawai tidak boleh menggunakan maklumat rasmi jabatan untuk tujuan kegiatan koperasi; (viii) Segala kegiatan koperasi hendaklah selaras dengan P.U.(A) 395/1993 mengenai tatakelakuan dan lain-lain peraturan yang berkaitan dengannya; (ix) Sekiranya penglibatan pegawai dalam koperasi mendapat bayaran elaun, maka jumlah yang boleh diterima adalah tidak boleh melebihi ¼ daripada gaji pokok bulanan; dan (x) Sekiranya syarat-syarat ini tidak dipatuhi, pegawai boleh dikenakan tindakan tatatertib kerana melanggar tatakelaluan pegawai awam di bawah P.U.(A) 395/1993. 5. Permohonan untuk memegang jawatan dalam koperasi oleh pegawai dari Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan Kumpulan Pengurusan dan Profesional di perenggan 4 (i) hendaklah menggunakan borang seperti di Lampiran U.P.7.2.9 (A).

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy