Tatakelakuan dan Pengurusan Tatatertib Pegawai Awam

 78 (ii) berkenaan dengan harta alih : i. apa-apa bentuk wang tunai di mana jua dideposit atau disimpan; ii. syer, saham, debentur, bon atau sekuriti lain; iii. apa-apa bentuk lesen atau permit perdagangan, perniagaan atau komersial; iv. apa-apa harta alih yang lain, termasuklah segala jenis barang kemas, keahlian kelab, perabot rumah dan alat sukan yang harga belian tiap- tiap satunya melebihi enam (6) bulan emolumen atau RM10,000.00 mengikut mana yang lebih rendah; dan v. kenderaan bermotor. " Ketua Jabatan " bermaksud seseorang yang mengetuai sesebuah organisasi sama ada di peringkat kementerian, jabatan termasuk jabatan di peringkat negeri, daerah atau bahagian dalam sesebuah organisasi; " pegawai " bermaksud pegawai perkhidmatan awam yang bertaraf tetap, sementara atau kontrak; " ahli keluarga " bermaksud isteri atau suami, anak-anak termasuk anak menantu atau anak angkat yang sah dari segi undang-undang, ibu atau bapa termasuk ibu mertua atau bapa mertua dan adik-beradik termasuk sebelah isteri atau suami; “anak” ertinya anak bagi seseorang pegawai yang di bawah tanggungannya, termasuk — (i) anak yang lahir selepas kematian, anak tiri tanggungan dan anak tak sah taraf pegawai itu; (ii) anak yang diambil sebagai anak angkat oleh pegawai itu di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan pengangkatan atau di bawah mana-mana adat atau kelaziman, dengan keterangan yang memuaskan mengenai pengangkatan itu; dan (iii) anak, tidak kira apa jua umurnya, yang cacat otak atau hilang upaya dari segi jasmani dan secara kekal dan yang tidak berupaya untuk menanggung dirinya sendiri;

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy